BOLKIAH GARRISON, Monday, 22 October 2018 – A thanksgiving prayer ceremony was held this afternoon to welcome the safe return of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) peacekeepers following their deployment with the Malaysian Battalion 850-5 (MALBATT 850-5) of the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.

The ceremony began with the Zuhor prayer followed by wirid and doa, thanksgiving prayer, Dzikir Marhaban to celebrate the contingent’s return.

Present at the ceremony were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, RBAF Commander, members of the Defence Executive Committee, Service Commanders, Commandants and Directors, senior officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.

The RBAF UNIFIL contingent safely returned on the 4th October 2018.

MAJLIS DOA KESYUKURAN BAGI PASUKAN KEPULANGAN UNIFIL

BOLKIAH GARISON, Isnin, 22 Oktober 2018 – Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan di Surau Ad-Difa’ Kementerian Pertahanan petang ini bagi menyambut kepulangan Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang mengikuti penugasan di bawah Malaysian Batalion 850-5 (MALBATT 850-5) dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).

Majlis dimulakan dengan Solat fardhu Zohor, doa selamat dan Zikir Marhaban bagi meraikan anggota-anggota UNIFIL yang telah pulang dengan selamat.

Hadir ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Komandan dan Pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Kontinjen ABDB UNIFIL telah pulang pada 4 Oktober 2018.