
BOLKIAH GARRISON, Friday, 16 December 2022 – A thanksgiving prayer ceremony was held to welcome the return of 30 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel deployed as part of the Malaysian Battalion 850-9 (MALBATT 850-9) under the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) for a 13 months peacekeeping mission. The RBAF contingent, led by Major Muhd Yusddy Affenddy bin Hj Amran, returned to Brunei Darussalam on 6th December 2022.
Present as guest of honour at the ceremony which was held at Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garrison was Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF, Nur Ezira binti Mahadi, Charge De’Affairs High Commission of Malaysia in Negara Brunei Darussalam, Permanent Secretary (Development, Maintenance and Technology) Ministry of Defence, Services Commanders, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries Ministry of Defence, military and civilian officers and staff of the Ministry of Defence.
The thanksgiving ceremony was collaborated with the weekly Ministry of Defence and RBAF Halaqah Jumaat, beginning with Sayyidul Istighfar and reciting verses from the Al-Qur’an followed by Tazkirah, Dikir Marhaban and presentation of certificates to the contingent officers and personnel. The function concluded with the recitation of Doa Kesyukuran and Sunat Dhuha prayers.
The RBAF’s participation in UNIFIL peacekeeping missions for over a decade since 2008 reflects its commitment to further enhancing regional and international security as outlined in Brunei Darussalam’s Defence White Paper.


MAJLIS DOA KESYUKURAN BAGI KEPULANGAN
KONTINJEN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MALBATT 850-9
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 16 Disember 2022 – Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan bagi meraikan kepulangan 30 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah menyertai penugasan selama 13 bulan bersama Malaysian Battalion 850-9 (MALBATT 850-9) di bawah misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). Kontinjen ABDB yang diketuai oleh Mejar Muhd Yusddy Affenddy bin Amran telah kembali ke Negara Brunei Darussalam pada 6 Disember 2022.
Majlis tersebut diadakan di Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison dan dihadiri oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan. Turut hadir bersama ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Nur Ezira binti Mahadi, Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam, Setiausaha Tetap (Pembangunan, Pemeliharaan dan Teknologi) Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, pegawai-pegawai tentera dan awam serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis tersebut diselaraskan dengan acara Halaqah Jumaat Mingguan Kementerian Pertahanan dan ABDB iaitu dimulakan dengan Sayyidul Istighfar dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan Tazkirah, Dikir Marhaban dan penyampaian sijil kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota kontinjen. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Dhuha.
Penglibatan ABDB menyertai misi pengaman UNIFIL selama lebih satu dekad sejak tahun 2008 mencerminkan komitmen untuk mempertingkatkan secara berterusan ke arah keamanan serantau dan antarabangsa selaras dengan Kertas Putih Pertahanan Negara Brunei Darussalam.