​RIMBA CAMP, Friday 6 January 2023 – The Royal Brunei Armed Forces Military Cadets (RBAF Military Cadets) celebrated their 52nd Anniversary today by holding a religious event at the Royal Brunei Malay Reserve Regiment (RBMRR).


Present as guest of honor at the event was Lieutenant Colonel (U) Awang Mohammad Irwan bin Yahya, Commanding Officer of the RBMRR. Also present were Major (U) Pengiran Mohammad Azizul bin Pengiran Haji Yussof, Deputy Commanding Officer of the RBMRR, Major Saleha binti Haji Alim, Officer Commanding of the RBAF Military Cadets, Mohammad Arif bin Abdul Hadi, Acting Head of Uniforms and Community Services, Department of Co-Curriculum Education (DCCE) at the Ministry of Education, Captain Dayangku Seri Nur’aizzah binti Pengiran Mohd Yamin, Adjutant of the RBMRR, military cadet officers, instructors and supervising teachers of the RBAF Military Cadets.


The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and was followed by the thanksgiving prayer led by Ustaz Muhammad Rusaini bin Awang, RBMRR religious teacher. 


The guest of honour also took this opportunity to convey his appreciation and gratitude to the RBAF Military Cadets for their supporting efforts in dealing with the last wave of the COVID-19 virus. The function then continued with the handing over of donations from RBAF Military Cadets members to two military cadet officers for the recent loss of a close family member. 


The ceremony then continued with the cutting of the RBAF Military Cadet’s 52nd Anniversary cake and concluded with a group photo.










MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KADET TENTERA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE-52 TAHUN


KEM RIMBA, Jumaat 6 Januari 2023 – Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KT ABDB) telah meraikan sambutan Hari Ulang Tahun yang ke-52 pada hari ini di Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB) dengan mengadakan acara keagamaan hari ini.


Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Awang Mohammad Irwan bin Yahya, Pegawai Pemerintah ASMDB. Turut hadir ialah Mejar (U) Pengiran Mohammad Azizul bin Pengiran Haji Yussof, Timbalan Pegawai Pemerintah ASMDB, Mejar Saleha binti Haji Alim, Pegawai Memerintah KT ABDB, Mohammad Arif bin Abdul Hadi, Pemangku Ketua Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK) di Kementerian Pendidikan, Kapten Dayangku Seri Nur’aizzah binti Pengiran Mohd Yamin, Adjutan ASMDB, pegawai-pegawai kadet tentera, jurulatih-jurulatih dan guru-guru pengawas KT ABDB.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Rusaini bin Awang, guru ugama ASMDB. 


Tetamu kehormat juga turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaannya dan ucapan terima kasih kepada anggota-anggota KT ABDB di atas usaha bantuan yang diberikan dalam sama-sama menangani gelombang virus COVID-19 yang lalu. Majlis diteruskan dengan penyerahan kutipan derma dari warga KT ABDB kepada dua orang pegawai kadet tentera yang baru-baru ini kehilangan ahli keluarga terdekat. 


Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara memotong kek Hari Ulang Tahun KT ABDB yang ke-52 dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.