BOLKIAH GARRISON, Saturday, 14 July 2018 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held Thanksgivings prayers in a ceremony conducted at the Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison in conjunction with the 72nd Birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. Similar thanksgiving ceremonies were also held simultaneously at all suraus of the RBAF camps. 


Present was RBAF Chief of Staff, Captain Spry bin Haji Serudi@ Seruji, RBN. Also present were senior officers, officers and staff of the Ministry of Defence and RBAF.

The ceremony began with the recitation of the Holy Quran by Bintara Kanan Mohd Hassrin bin Abu Bakar from Directorate of Logistic. The ceremony continued with the mass Maghrib prayer, recitation of Surah Yaasin and special prayer led by Imam Shuib bin Abdullah, Imam of Surau Ad-Difa, Bolkiah Garrison. The ceremony concluded with a mass Isya’ prayer. 

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-72 TAHUN

BOLKIAH GARISON, Sabtu, 14 Julai 2018 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-72 tahun. Sementara itu, majlis yang sama juga diadakan secara serentak di semua surau perkhemahan-perkhemahan ABDB. 

Majlis di hadiri oleh Ketua Staff ABDB, Kepten Spry bin Haji Serudi@ Seruji, TLDB. Turut hadir ialah pegawai–pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Bintara Kanan Mohd Hassrin bin Abu Bakar dari Jabatanarah Logistik. Majlis diteruskan lagi dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah, bacaan Surah Yaasin dan doa khusus yang diketuai oleh Imam Shuib bin Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. Majlis diakhiri dengan Solat Fardhu Isya’ berjemaah.