BRIDEX, Rabu, 8 April 2015 – Seramai 300 orang pegawai dan kakitangan awam  terdiri dari divisyen I hingga V telah menghadiri Taklimat Sistem PSC Reruitment yang diadakan di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong. Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi memberigakan penggunaan sistem Pengambilan yang baru dirasmikan pada 4 Mac 2015.

PSC Recruitment merupakan satu sistem yang diperkenalkan oleh Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri bagi menghadapkan dan memproses permohonan jawatan kosong yang diiklankan oleh Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Dengan Sistem PSC Recruitment, pemohon tidak perlu memohon jawatan kosong menggunakan Borang SPA 1 dan SPA 2, mereka hanya perlu membuat permohonan melalui Portal PSC Recruitment.  Sistem ini menggunakan aplikasi internet yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Melalui taklimat ini, para peserta yang belum berkesempatan untuk mengaktifkan akaun e-darussalam juga diberi peluang untuk mengaktifkannya dengan bantuan dan tunjuk ajar dari pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Taklimat telah disampaikan oleh Dayang Maimunah binte Seruji dan Norefna binti Abdullah dari Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan dikendalikan oleh Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia.