BANDAR SERI BEGAWAN, Monday 16 May 2016 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a tahlil ceremony for His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s late parents, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman

The tahlil ceremony at the Royal Mausoleum was held to commemorate the RBAF 55th Anniversary.

Present at the tahlil were Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit and RBAF Commander Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah,

Also present were Services Commanders, MINDEF Deputy Permanent Secretaries, Commandants, Military and Civilian Directors, Officers, military and civilians personnel of the ministry.

The mass recitation of the Surah Yassin, tahlil and then Doa Arwah was led by Captain Ariffin bin Amit, Assistant Head of RBAF Religious Department (JA’MAAT).

The tahlil event will be held for two days. Royal Brunei Land Force and Royal Brunei Navy also held similar events this morning, while Royal Brunei Air Force and Training Institute RBAF will organise their tahlil events tomorrow.






MAJLIS TAHLIL SEMPENA HUT ABDB KE 55

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 16 Mei 2016 -  Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan majlis tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman.

Majlis tahlil yang diadakan di Kubah Makam Diraja adalah sempena Sambutan Ulang Tahun ABDB yang ke 55 Tahun.

Hadir di majlis tahlil tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Komandan-Komandan, Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, Pegawai-Pegawai, Kakitangan tentera dan awam kementerian.

Bacaan Surah Yaa Siin, tahlil beramai-ramai dan doa arwah telah dipimpin oleh Kapten Ariffin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JA’MAAT).

Acara tahlil ini akan diadakan selama dua hari. Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentera Laut Diraja Brunei juga mengadakan majlis yang sama hari ini, sementara Tentera Udara Diraja Brunei dan Institut Latihan ABDB akan mengadakan majlis tahlil esok.