BOLKIAH GARRISON, Friday, 6 May 2022
– The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held an opening of a Tadarus Al-Qur’an in conjunction with the RBAF’s 61st anniversary celebration at all RBAF surau, including Pulau Baru-Baru Mosque with the main function held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.
Present to the function was Colonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, RBAF Chief of Staff. Also in attendance were military and civillian directors, heads of departments as well as officers and personnel of the Ministry of Defence and the RBAF.
The RBAF Chief of Staff officiated the function with a recitation of Surah Al-Fatihah which was then followed with the reading of Surah Al-Baqarah verses 1 to 29 and concluded with the recitation of ‘Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam’ by Imam Mohamad Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam of Surau Ad-Difa’.
The function intends to instil the spirit of reciting and appreciating the Al-Qur’an among personnel in the Ministry of Defence and RBAF, in addition to enlivening the RBAF’s 61st anniversary celebration.
Apart from providing an opportunity to improve and perfect one’s Al-Qur’an reading during Tadarus sessions, reading the Al-Qur’an endears one to Allah Subhanahu Wata’ala where it is is also strongly recommended to read all 30 Juzuk, or chapters, of the holy Quran.


Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garrison

Surau Al-Fa’izun Berakas Garrison

Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara

Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba

Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong
Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut

Surau Al’Quwwah, Perkhemahan Bangar

Masjid Pulau Baru-Baru
PELANCARAN TADARUS AL-QUR’AN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) KE-61
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 6 Mei 2022 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Tadarus Al-Quran sempena Sambutan Ulang Tahun ABDB ke-61 secara serentak di semua surau ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru di mana tumpuan utamanya diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
Hadir pada majlis tersebut ialah Kolonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, Ketua Staf ABDB. Turut hadir ialah pengarah-pengarah tentera dan awam, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan perasmian Tadarus Al-Quran dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ketua Staf ABDB dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Baqarah dari ayat 1 hingga 29. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Imam Mohamad Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam Surau Ad-Difa’.
Majlis tersebut bertujuan untuk menyemai semangat mengaji dan menghayati Al-Qur’an di kalangan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB, di samping memeriahkan Sambutan Ulang Tahun ABDB ke-61.
Di samping berpeluang untuk memperbetulkan dan menghalusi bacaan Al-Qur’an semasa sesi Tadarus, membaca Al-Qur’an juga mendekatkan diri kepada Allah Subhannahu Wata’ala di mana ianya juga sangat digalakkan untuk membaca semua 30 Juzuk, atau surah di dalam kitab suci Al-Qur’an.