BOLKIAH GARRISON, Friday, 7 October 2022 - In conjunction with Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam’s 76th birthday, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) women military personnel and civilian staff recently held a Surah Yassin recitation and Doa Kesyukuran ceremony at Ad-Difa’ Surau, Bolkiah Garrison.


Present as Guest of Honour was Colonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Head of the RBAF Inspectorate Unit, female officers, personnel and civilian staff of the Ministry of Defence and the RBAF.

 

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Able Rate Dayangku Nurrafidah binti Pengiran Mustafa, RBN. The ceremony then proceeded with the recitation of Surah Yassin led by Lieutenant Dayangku Nur Syadiah Hafizah binti Pengiran Haji Hasan and concluded with Doa Kesyukuran led by Captain Noria Fatriah binti Haji Abdul Mutalif, both from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). 

 

The ceremony is organised by the RBAF Women Military Personnel to commemorate Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam’s birthday.





MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN DOA KESYUKURAN   SEMPENA HARI PUJA USIA DULI RAJA ISTERI YANG KE-76 TAHUN


BOLKIAH GARISON, Juma’at, 7 Oktober 2022 – Askar Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AW ABDB) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam yang ke-76 bagi tahun 1444H/2022M di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Ketua Unit Inspektorat ABDB. Turut hadir adalah pegawai-pegawai tentera dan awam dan anggota lain-lain peringkat AW ABDB serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan ABDB.


Majlis dilangsungkan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Laskar Muda Dayangku Nurrafidah binti Pengiran Mustafa, TLDB. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Yassin yang dipimpin oleh Leftenan Dayangku Nur Syadiah Hafizah binti Pengiran Haji Hasan, dan diakhiri dengan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Kapten Noria Fatriah binti Haji Abd Mutalif dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).

 

Majlis ini dikendalikan oleh AW ABDB bagi meraikan Sambutan Hari Puja Usia Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.