BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 14 August 2026 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has consented to award the 2026 Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (SC RBAF) Scholarship to four outstanding students, while one outstanding student wasawarded the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Scholarship. The five scholarship recipients will pursue their studies in preparation for careers in the civil service or the military within the Ministry of Defence. The 2026 SC RBAF and RBAF Scholarship Signing and Award Ceremony was held at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison.
Present at the ceremony was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Coordinating Minister for National Security, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, who presented the scholarship certificates and gifts to the recipients. Also present were Members of the Defence and RBAF Executive Committee, Directors, Senior Officers of the Ministry of Defence, Members of the Scholarship Evaluation Board 2026, as well as parents and guarantors of the recipients.
Signing on behalf of the Ministry of Defence for recipients who will pursue careers in the military was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces. Signing on behalf of the Ministry of Defence for recipients who will pursue careers in the civil service was Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence.
The 2026 SC RBAF and RBAF Scholarship recipients are students who have completed their A-Level Examinations or the Brunei Higher Religious Education Certificate (STPUB) at various schools. They are Awang Nathan Peterson Chen Tse Wei, an A-Level student from Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, who will study Mechanical Engineering at Tsinghua University, China; Dayang Syifa Dania binti Abu Syahmi, from Jerudong International School, pursuing Mechanical Engineering at the University of Glasgow, United Kingdom; Dayang Nur Nadhirah Umairah binti Amirul Adly, also from Jerudong International School, studying Law at the University of Bristol, United Kingdom; Dayang Nur Wafaa Wafiqah binti Haji Mohamad Syahiran and Dayang Syasya Damia Darwisyah binti Yuskamarulzaman, both from Sekolah Tinggi Arab Hassanal Bolkiah, who completed the Brunei Higher Religious Education Certificate and plan to study Syariah at Al-Azhar University, Egypt.
The SC RBAF and RBAF Scholarship schemes are among the most prestigious scholarship programmes in Negara Brunei Darussalam, aimed at nurturing future leaders who will contribute to nation-building, particularly in the fields of defence and security. Furthermore, these schemes provide opportunities to develop young Islamic intellectuals who are knowledgeable, capable and equipped with necessary skills to contribute meaningfully to the nation’s progress, in line with the aspirations of Brunei Vision 2035.














PENGANUGERAHAN BIASISWA PEMERINTAH TERTINGGI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (PT ABDB) DAN BIASISWA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) KEPADA LIMA ORANG PENUNTUT CEMERLANG
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 14 Ogos 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah mengurniakan titah perkenan bagi Penganugerahan Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PT ABDB) kepada empat orang penuntut cemerlang, manakala seorang lagi penuntut cemerlang dianugerahkan Biasiswa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei(ABDB) bagi tahun 2026. Kelima-lima penerima biasiswa tersebut akan melanjutkan pengajian sebagai persediaan untuk menceburi kerjaya dalam perkhidmatan awam atau ketenteraan di Kementerian Pertahanan. Majlis Penandatanganan Perjanjian dan Penganugerahan Biasiswa PT ABDB dan Biasiswa ABDB bagi tahun 2026 telah berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II yang telah menyempurnakan penyampaian sijil biasiswa dan cenderamata kepada penerima-penerima Biasiswa PT ABDB dan Biasiswa ABDB. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan ABDB, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan, Ahli-Ahli Badan Penilaian Biasiswa 2026 serta ibu bapa dan penjamin-penjamin para penerima biasiswa.
Menandatangani bagi pihak Kementerian Pertahanan untuk para penuntut yang akan menceburi kerjaya dalam bidang ketenteraan ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, PemerintahABDB, manakala menandatangani bagi pihak Kementerian Pertahanan untuk para penuntut yang akan menceburi kerjaya dalam perkhidmatan awam ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.
Para penerima Biasiswa PT ABDB dan Biasiswa ABDB bagi Tahun 2026 terdiri daripada penuntut yang telah menamatkan Peperiksaan Peringkat ‘A’ atau Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) daripada beberapa buah sekolah. Mereka ialah Awang Nathan Peterson Chen Tse Wei, pelajar Peringkat ‘A’ dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, yang akan mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Tsinghua University, China; Dayang Syifa Dania binti Abu Syahmi dari Jerudong International School, yang akan mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di University of Glasgow, United Kingdom; Dayang Nur Nadhirah Umairah binti Amirul Adly, juga dari Jerudong International School, yang akan mengikuti pengajian dalam bidang Undang-Undang di University of Bristol, United Kingdom; serta Dayang Nur Wafaa Wafiqah binti Haji Mohamad Syahiran dan Dayang Syasya Damia Darwisyah binti Yuskamarulzaman, kedua-duanya dari Sekolah Tinggi Arab Hassanal Bolkiah, yang telah menamatkan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan akan mengikuti pengajian dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Skim Biasiswa PT ABDB dan Biasiswa ABDB merupakan antara skim biasiswa yang paling berprestij di Negara Brunei Darussalam yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin masa hadapan yang akan menyumbang kepada pembangunan negara, khususnya dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Di samping itu, skim-skim ini menyediakan peluang bagi pembangunan pelapis muda cendekiawan Islam yang berpengetahuan, berkeupayaan dan dilengkapi dengan kemahiran untuk memberikan sumbangan yang bermakna ke arah kemajuan negara, selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.