BOLKIAH GARRISON, Thursday, 3 May 2018 – The Strategy Management Group (SMG) convenes its first meeting for the year today at the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison. Chaired by the Minister of Defence II, the SMG comprised of the Acting Commander of RBAF, Permanent Secretary, Services Commanders, Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretaries and the Commandant of RBAF Training Institute. Institutionalised in 2009, the SMG Meeting is conducted quarterly as a platform for regular and systematic review of the organisation’s performance against the achievement of its vision, mission and strategic objectives. The meeting was also attended by the Head of RBAF Inspectorate Unit and Directors as strategic objective owners. The session was facilitated by the Office of Strategy Management (OSM), acting as the Secretariat for the SMG.
The SMG provides leadership and accountability to drive and accomplish the objectives, targets and initiatives set in the Defence Strategic Plan. In his opening remarks, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd Yussof, the Minister of Defence II, as the Chairman of the Meeting, highlighted the increasingly significant importance of strategic management in today’s rapidly changing environment and expressed hope for it to continue to get the commitment of all. The deliverables of the SMG meeting are action plans for performance improvement which may include adjustments in strategic priorities or the reallocation of resources. The SMG will convene again in July 2018.

GRUP PENGURUSAN STRATEGI MENGADAKAN MESYUARAT PERTAMANYA BAGI TAHUN INI
BOLKIAH GARISON, Khamis, 3 Mei 2018 – Grup Pengurusan Strategi (SMG) pada hari ini bersidang Mesyuarat Pertamanya bagi tahun ini di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison. Dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan II, SMG terdiri daripada Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Setiausaha Tetap, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Komandan Institut Latihan ABDB. Diinstitusikan pada tahun 2009, Mesyuarat SMG dikendalikan setiap tiga bulan sebagai platform rebiu yang kerap dan sistematik kepada prestasi organisasi dalam mencapai visi, misi dan objektif-objektif strategiknya. Mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua Unit Inspektorat ABDB dan Pengarah-Pengarah sebagai pemilik-pemilik objektif strategik Sesi telah difasilitasikan oleh Pejabat Pengurusan Strategi (OSM) selaku Sekretariat bagi SMG.
SMG memberikan pimpinan dan akauntabiliti bagi memandu dan mencapai objektif-objektif, sasaran-sasaran dan inisiatif-inisiatif yang ditetapkan di dalam Perancangan Strategik Pertahanan. Pada ucapan pembukaannya, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar General (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan II, sebagai Pengerusi Mesyuarat berkenaan, menggariskan mengenai kepentingan signifikan pengurusan strategik yang meningkat dalam persekitaran sekarang yang berubah dengan pantas dan menyatakan harapan bagi ianya untuk terus mendapatkan komitmen semua. Hasil pencapaian daripada Mesyuarat SMG adalah pelan-pelan tindakan bagi pembaikan prestasi yang termasuk penyesuaian di dalam keutamaan-keutamaan strategik ataupun peruntukan semula sumber. SMG akan bersidang lagi pada Julai 2018.