BOLKIAH GARRISON, Friday, 7 July 2023 – The Strategy Management Group (SMG) convened its meeting for 2023  at the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison. Chaired by the
Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, the SMG comprises the Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Acting Permanent Secretary, Services Commanders, Joint Force Commander RBAF, Deputy Permanent Secretaries, Commandant of RBAF Defence Academy and the Commandant of RBAF Training Institute. The Meeting was also attended by the Head of RBAF Inspectorate Unit and Directors as strategic objective owners. 


The SMG has been a long-standing component of the Ministry of Defence’s strategic management framework. It provides leadership and accountability to drive and accomplish the objectives, targets and initiatives set in the Defence Strategic Plan.


The SMG Meeting serves as a platform for regular and systematic review of the organisation’s performance and effectiveness of its strategies. At the meeting, the performance of corporate Key Performance Indicators (KPIs) and performance improvement action plans are deliberated to ensure that the Ministry is on track to achieving its strategic objectives. 


In his opening remarks, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof,
Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, as the Chairman of the Meeting, reiterated the importance of the continued commitment of all in the defence strategic management process. This includes ensuring organisational alignment in maximising the Ministry’s resources. Important lessons can be drawn from the COVID-19 experience, in gauging the effectiveness of strategies and improving planning in moving forward, particularly in responding to non-conventional threats through the whole-of-government approach, the Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II added in the remarks.


The SMG Meeting was facilitated by the Office of Strategy Management (OSM), acting as the Secretariat for the SMG. 


KUMPULAN PENGURUSAN STRATEGI MENGADAKAN MESYUARAT BAGI TAHUN 2023


BOLKIAH GARISON, Jumaat, 7 Julai 2023 – Kumpulan Pengurusan Strategi (SMG) mengadakan mesyuaratnya bagi tahun 2023 bertempat di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison. Dipengerusikan oleh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, SMG terdiri daripada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemangku Setiausaha Tetap, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Komandan Akademi Pertahanan ABDB dan Komandan Institut Latihan ABDB.
Mesyuarat juga turut dihadiri oleh Ketua Unit Inspektorat ABDB dan Pengarah-Pengarah selaku pemilik-pemilik objektif strategik.


SMG telah menjadi komponen berterusan dalam rangka kerja pengurusan strategik Kementerian Pertahanan. Ianya menyediakan kepimpinan dan akauntabiliti untuk memacu dan mencapai objektif, sasaran dan inisiatif yang ditetapkan di dalam Pelan Strategik Pertahanan. 


Mesyuarat SMG berperanan sebagai wadah bagi rebiu yang berkala dan sistematik terhadap  prestasi organisasi dan keberkesanan strateginya. Pada Mesyuarat itu, prestasi bagi Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama (KPI) korporat dan pelan-pelan tindakan bagi peningkatan prestasi dibincangkan dalam memastikan Kementerian berada di landasan yang tepat ke arah mencapai objektif-objektif strategiknya.


Dalam ucapan pembukaan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, selaku Pengerusi Mesyuarat menekankan kepentingan komitmen berterusan semua pihak dalam proses pengurusan strategik pertahanan. Ini termasuk memastikan penjajaran organisasi dalam memaksimumkan sumber-sumber Kementerian. Pengajaran-pengajaran penting boleh diambil daripada pengalaman COVID-19 dalam mengukur keberkesanan strategi dan menambah-baik perancangan dalam bergerak ke hadapan, terutamanya dalam respons kepada ancaman bukan konvensional melalui pendekatan
whole-of-government, tambah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II pada ucapan tersebut.


Mesyuarat SMG telah dikendalikan oleh Pejabat Pengurusan Strategi (OSM) selaku Sekretariat bagi SMG.​