BOLKIAH GARRISON, Friday, 21 August 2020 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a special religious talk for the personnel of the Ministry of Defence and Bolkiah Garrison to mark the new Islamic year of 1442 Hijrah at the Surau Ad-Difa’.
The event began with the recital of the Holy Quran Surah An-Nisa verse 80-86, followed by the religious talk titled “Generasi Berilmu, Beramal dan Berakhlak Memacu Pembangunan Umat” delivered by a guest speaker from University Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Director of International and Public Relations.
Present at the event were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence; Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, RBAF Commander; Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary of the Ministry of Defence; Service Commanders; Deputy Permanent Secretaries of the Ministry of Defence; senior officers; officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.
The talk touched on the Islamic view on the importance of youth development in upholding Islamic teachings, especially to realise Brunei Vision 2035 as a country with highly educated people equipped with faith and piety towards Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
The event was conducted in accordance to the guidelines given by the Ministry of Health and the Ministry of Religious Affairs to control the spread of COVID-19.



CERAMAH KHAS SEMPENA AWAL TAHUN 1442 HIJRAH DI SURAU AD-DIFA
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 21 Ogos 2020 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menganjurkan sebuah ceramah khas bagi warga peringkat Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison sempena Sambutan Awal Tahun 1442 Hijrah bertempat di Surau Ad-Difa’.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, diikuti dengan ceramah khas bertajuk “Generasi Berilmu, Beramal dan Berakhlak Memacu Pembangunan Umat” yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) iaitu Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pengarah Perhubungan Awam dan Antarabangsa.
Hadir di majlis tersebut adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB; Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; pegawai-pegawai kanan; pegawai-pegawai; anggota dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Ceramah menyentuh pandangan Islam mengenai kepentingan pembangunan belia dalam menegakkan ajaran Islam, terutamanya untuk merealisasikan Wawasan Brunei 2035 sebagai sebuah negara yang berpendidikan tinggi dilengkapi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Majlis telah dilaksanakan mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mengawal penyebaran COVID-19.