BERAKAS GARRISON, Thursday 21 April 2022 – In enlivening the month of Ramadan, the Ministry of Defence (MINDEF) and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held an event to commemorate Nuzul Al-Qur’an for the civilian and military female officers and personnel featuring a special religious talk at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.


The event commenced with the recitation of verses of the Al-Qur’an by 21469 Sergeant Masrani binti Jefri, followed by a special religious talk entitled ‘Bertemankan Al-Qur’an Sepanjang Zaman’, delivered by Ustazah Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan, invited speaker from Pusat Dakwah Islamiah.


Present as the Guest of Honor was Colonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Head Inspectorate RBAF and was attended by female senior officers, officers, and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.


Besides uplifting religious practices during the holy month of Ramadan, the event is also intended to serve as a platform to commemorate the great day of Islam to receive blessings this month and strengthen the friendship and working relationship among the staff of the Ministry of Defence and RBAF.








CERAMAH AGAMA KHAS SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN BAGI PEGAWAI DAN ANGGOTA WANITA PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB


BERAKAS GARISON, Khamis 21 April 2022 – Dalam menyemarakkan bulan Ramadan, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an bagi pegawai dan anggota wanita dengan mengadakan ceramah agama khas yang berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.


Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an yang dibacakan oleh 21469 Sarjan Masrani binti Jefri dan dikuti dengan ceramah agama khas bertajuk ‘Bertemankan Al-Qur’an Sepanjang Zaman’ disampaikan oleh Ustazah Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan, penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Ketua Inspektorat ABDB dan turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota wanita Kementerian Pertahanan dan ABDB.


Di samping menyemarakkan lagi amalan beragama pada bulan suci Ramadan ini, majlis juga dihasratkan sebagai wadah untuk memperingati hari kebesaran Islam bagi meraih keberkatan pada bulan mubarak ini selain dapat mengeratkan lagi silaturahim dan hubungan kerja dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB.