LIMAU MANIS, Thursday, 7 May 2020 – The Royal Brunei Police Force (RBPF) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) have successfully foiled an attempt to smuggle illegal goods at the Bebuloh-Lumapas area late last night during a routine joint patrol.
The incident occurred when a patrol personnel spotted two vehicles attempting to enter Brunei Darussalam from Malaysia, through known trails and ordered the vehicles to stop. As they approached the vehicles, drivers of both vehicles got out and took off towards Malaysia. Both vehicles have been confiscated by the RBPF and investigations are currently being conducted.
The Joint Operation under the COVID-19 Security Task Force commenced on Monday, 20 April 2020 as part of an effort to support the Ministry of Health to curb the spread of COVID-19 in the country by restricting uncontrolled entries through the known trails in the Kampong Bebuloh, Kampong Lumapas and Kampong Junjongan.


OPERASI BERSAMA PDB-ABDB MENUMPASKAN PERCUBAAN MENYELUDUP
LIMAU MANIS, Khamis, 7 Mei 2020 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya menggagalkan percubaan penyeludupan barangan tegahan lewat malam tadi di kawasan Bebuloh-Lumapas semasa menjalankan rondaan bersama rutin.
Kejadian berlaku ketika anggota peronda ternampak dua buah kenderaan cuba memasuki Negara Brunei Darussalam dari Malaysia, melalui jalan tikus yang diketahui di kawasan berikut dan mengarahkan kenderaan tersebut untuk berhenti. Ketika anggota peronda menghampiri kenderaan tersebut, pemandu kedua-dua kenderaan lalu keluar dan melarikan diri menuju ke Malaysia. Kedua-dua kenderaan telah dirampas oleh PPDB dan siasatan sedang dijalankan pada masa ini.
Operasi Sepadu di bawah payung
COVID-19 Security Task Force yang dimulakan sejak hari Isnin, 20 April 2020 adalah sebahagian dari usaha untuk menyokong Kementerian Kesihatan mengawal penyebaran COVID-19 di negara ini dengan menyekat kemasukan yang tidak terkawal melalui jejak tetikus di Kampong Bebuloh, Kampong Lumapas dan Kampong Junjongan.