GADONG, Wednesday 4 November 2015 – The Royal Brunei Navy (RBN) Band and the Seventh Fleet Band of the US Navy has performed at Smarter Edge Autism Centre in Kampong Mata-Mata, Gadong this morning in conjunction with the bilateral military exercises, Brunei Darussalam and the United States in the 21st Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) exercise.
The event began with a speech of appreciation and thanks from President Smarter, Malai Haji Abdullah bin Haji Othman to both Armed Forces band for taking their time to entertain and interact with autistic children through their musical performances.
More than 100 autistic children and their guardian were entertained by both band.


KANAK-KANAK AUTISM TERIMA KUNJUNGAN PANCARAGAM TLDB & TENTERA LAUT AS
GADONG, Rabu, 4 November 2015 – Pasukan Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) bersama Seventh Fleet Band dari Angkatan Laut Amerika Syarikat telah mengadakan persembahan di Smarter Autism Edge Centre di Kampong Mata-Mata, Gadong pagi ini.
Ia merupakan salah satu program yang dijalankan sempena latihan ketenteraan dua hala, Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat dalam Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) Exercise kali ke-21.
Acara dimulakan dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada President Smarter, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman kepada Pasukan Pancaragam TLDB dan Seventh Fleet Band, Angkatan Laut Amerika Syarikat kerana meluangkan masa untuk menghiburkan dan berineteraksi bersama kanak-kanak autism melalui persembahan muzik mereka.
Lebih 100 orang kanak-kanak dan penjaga mereka dihiburkan oleh persembahan pancaragam dari kedua-dua Angkatan Tentera.