BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday 21 March 2017 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) is currently hosting the 10th Senior Warrant Officer Exchange Programme (SWEP) with the Republic of Singapore Air Force (RSAF) from 20 to 24 March 2017. The SWEP program aims to enhance cooperation and socio-cultural interactions amongst the senior Warrant officers.

The RSAF delegation participating in the programme is led by Master Warrant Officer (MWO) Saathiamoorthy S/O Shanamugam, Command Chief, Air Force Training Command, RSAF.

The Senior Warrant Officers of the RSAF made a courtesy call today to Warrant Officer 1 Awg Rashid Bin Hj Abd Rahman, Acting Force Sergeant Major Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at Bolkiah Garrison. They also had the opportunity to visit the RBAF Museum, followed by a visit to the Royal Brunei Air Force Base.

This year’s programme includes a visit to the Kampong Ayer Cultural & Tourism Gallery, Royal Regalia Building, and outdoor activities such as hiking and trekking.

This event is conducted biennially and hosted alternately between both air forces which serve to strengthen the long-standing relationship between both air forces respectively.





PROGRAM PERTUKARAN PEGAWAI WARAN KANAN 2016/2017 DI ANTARA TENDERA UDARA DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA UDARA REPUBLIK SINGAPURA

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 21 Mac 2017 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) pada masa ini  menjadi tuan rumah bagi mengendalikan Program Pertukaran Pegawai Waran Kanan (SWEP) di antara TUDB dan Tentera Udara Republik Singapura (TURS) kali ke-10 daripada 20 hingga 24 Mac 2017. Program SWEP ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan interaksi sosio-budaya di kalangan pegawai kanan Waran.

Delegasi TURS yang ikut serta dalam program ini diketuai oleh Pegawai Waran Master Saathiamoorthy S/O Shanamugam, Command Chief, Air Force Training Command, TURS.

Pegawai-Pegawai Waran Kanan TURS hari ini telah membuat kunjungan hormat kepada Pegawai Waran 1 Awg Rashid Bin Hj Abd Rahman, Pemangku Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Bolkiah Garison.  Mereka juga berpeluang mengadakan lawatan ke Muzium ABDB diikuti dengan lawatan ke Pangkalan TUDB.

Program pada tahun ini juga termasuk lawatan ke Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer, Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, dan aktiviti-aktiviti luar seperti hiking dan trekking.

Acara ini diadakan setiap dua tahun sekali dan dianjurkan selang seli di antara kedua-dua tentera udara sebagai satu usaha untuk mengukuhkan hubungan yang sekian lama terjalin di antara kedua-dua tentera udara masing-masing.