BOLKIAH GARISON, Selasa 10 November 2015 – Seramai 36 murid dari Sekolah Rendah Tumpuan Telisai, Kampong Telisai Tutong bersama guru-guru mereka telah mengadakan lawatan ke Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)  di Bolkiah Garison.


Kedatangan mereka telah dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Pacaragam ABDB, Leftenan Mohd Idrus bin Haji Awang. Mereka telah diberikan taklimat dan penerangan akan sejarah penubuhan Pancaragam ABDB, tugas dan tanggungjawab serta penglibatan Pancaragam ABDB dalam memberikan bantuan muzik di peringkat negara dan ABDB.


Lawatan ini memberi peluang kepada murid-murid untuk melihat secara lebih dekat perlatan muzik yang digunakan dan latihan serta persiapan yang diperlukan oleh seorang pemuzik dalam kerjaya di Pancaragam ABDB. 


Di akhir lawatan, mereka telah dihiburkan dengan persembahan muzik simfoni dari kumpulan The Hunter dan berinteraksi dengan anggota-anggota Pancaragam ABDB dan seterusnya bergambar ramai.