BOLKIAH GARRISON, Thursday, 22 August 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence received an introductory call from Her Excellency Homeira Rigi Zirouki, the Ambassador of the Islamic Republic of Iran to Brunei Darussalam.

The Second Minister of Defence congratulated Her Excellency on her appointment as the Ambassador of the Islamic Republic of Iran to Brunei Darussalam. Her Excellency presented her letter of credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 15 April 2019.

During the call, both sides reaffirmed their commitment to maintain the good relationship and expressed hope to explore avenues of bilateral defence cooperation in the future.

Brunei Darussalam established the diplomatic relations with the Islamic Republic of Iran on 1 May 1990.






KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA DUTA BESAR REPUBLIK ISLAM IRAN KE BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Khamis, 22 Ogos 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, menerima kunjungan pengenalan daripada Puan Yang Terutama Homeira Rigi Zirouki, Duta Besar Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam.

Menteri Pertahanan Kedua mengucapkan tahniah kepada Puan Yang Terutama di atas perlantikan beliau sebagai Duta Besar Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam. Puan Yang Terutama menyampaikan surat watikah perlantikan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 April 2019.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak mengesahkan komitmen masing-masing untuk mengekalkan hubungan dua hala yang baik dan menyatakan harapan bagi meneroka landasan kerjasama ketenteraan pada masa akan datang.

Negara Brunei Darussalam telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Islam Iran pada 1 Mei 1990.