BOLKIAH GARRISON, Monday, 17 February 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence, received an introductory call from Senior Colonel Li Jianzhong, the new Defence Attaché of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam today.

During the call, both sides expressed satisfaction upon the warm and cordial defence relations. Second Minister of Defence and Senior Colonel Li are optimistic and look forward to attain continued progress in the defence relations between the two countries.

On 13 September 2017, Defence relations between Brunei Darussalam and China were further consolidated with the signing of the Memorandum of Understanding (MoU) on Strengthening Defence Cooperation during His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s State Visit to People’s Republic of China.

Senior Colonel Li Jianzhong began his current posting on 9 December 2019, replacing the previous Defence Attache, Senior Colonel Wu Geng.

MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN REPUBLIK RAKYAT CHINA KE BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Isnin, 17 Februari 2020 –  Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua menerima kunjungan pengenalan daripada Senior Colonel Li Jianzhong, Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menyatakan rasa puas hati atas hubungan pertahanan di antara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China yang baik. Menteri Pertahanan Kedua dan Senior Colonel Li berasa yakin dan berharap untuk mencapai kemajuan yang berterusan dalam hubungan pertahanan dua hala.

Hubungan pertahanan di antara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China telah diperkukuhkan lagi dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman Mengenai Memperkukuh Kerjasama Pertahanan pada 13 September 2017 sewaktu lawatan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China.

Senior Colonel Li memulakan tugasan sebagai Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam pada 9 Disember 2019, menggantikan Senior Colonel Wu Geng.