BOLKIAH GARRISON, Friday, 25 October 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence received an introductory call from His Excellency Eiji Yamamoto, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Japan to Brunei Darussalam this morning.
During the call, the Second Minister of Defence congratulated His Excellency on his appointment as the new Ambassador of Japan to Brunei Darussalam and expressed confidence in His Excellency towards advancing the bilateral relationship between Brunei Darussalam and Japan, including in the area of defence.
Brunei Darussalam and Japan’s bilateral defence relations have steadily progressed over the years through exchanges of visits, trainings, interaction programs, aircraft and naval ship visits, defence forums and exhibitions.
His Excellency Eiji Yamamoto presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 18 September 2019.


MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DUTA BESAR JEPUN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 25 Oktober 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua menerima kunjungan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Eiji Yamamoto, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam pada pagi ini.
Pada kunjungan pengenalan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama di atas pelantikan beliau sebagai Duta Besar Jepun ke Negara Brunei Darussalam dan melahirkan rasa yakin atas Tuan Yang Terutama dalam memajukan kerjasama dua hala diantara Negara Brunei Darussalam dan Jepun, termasuk bidang pertahanan.
Hubungan pertahanan dua hala Negara Brunei Darussalam dan Jepun berkembang melalui pertukaran lawatan, latihan, program interaksi, lawatan pesawat udara dan kapal tentera laut, forum pertahanan dan pameran.
Tuan Yang Terutama Eiji Yamamoto telah menyembahkan Surat Watikah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 18 September 2019.