BOLKIAH GARRISON, Thursday, 22 October 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence, received an introductory call from His Excellency Tran Van Khoa, the new Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Socialist Republic of Viet Nam to Negara Brunei Darussalam today. 

During the call, the Second Minister of Defence congratulates His Excellency Tran Van Khoa on his appointment as the new Viet Nam Ambassador to Brunei Darussalam and took the opportunity to congratulate Socialist Republic of Viet Nam for its successful and proactive ASEAN chairmanship this year. He also shared that Brunei Darussalam hoped to continue the good work by Viet Nam when it assumes the ASEAN Chairmanship next year. 

Since the establishment of the diplomatic relations on 29 February 1992, the relationship and cooperation between both countries including the area of defence has significantly grown. The defence ties include bilateral interactions such as visits and exchanges, and multilateral cooperation within the framework of the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) and the ADMM-Plus meetings. 

Such active interaction between both sides is also hoped to directly enhance the bilateral defence relationship to uphold the aspirations in the cooperation as stated in the Memorandum of Understanding on Cooperation in Some Defence Fields signed on 16 November 2005 between both countries.

MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DUTA BESAR SOSIALIS REPUBLIK VIET NAM KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BAHARU

BOLKIAH GARISON, Khamis, 22 Oktober 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, menerima kunjungan pengenalan dari Tuan Yang Terutama Tran Van Khoa, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Sosialis Republik Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjugan, Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan ucapan tahniah di atas lantikan baru Tuan Yang Terutama Tran Van Khoa sebagai Duta baru Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam dan mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada Sosialis Republik Vietnam di atas kejayaan dan peranan proaktifnya sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua juga berharap Brunei Darussalam akan dapat menyambung kerja baik Viet Nam semasa mengambil alih tugas sebagai Pengeursi ASEAN pada tahun hadapan.

Sejak hubungan diplomatik ditubuhkan pada 29 Februari 1992, hubungan dan kerjasama kedua negara termasuk di bidang pertahanan telah berkembang dengan baik. Hubungan pertahanan ini termasuk pertukaran lawatan dan perbincangan secara dua hala dan juga kerjasama di peringkat pelbagai hala khususnya yang berkaitan dengan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) dan ADMM-Plus. 

Interaksi aktif di antara kedua pihak  ini juga diharap akan dapat meningkatkan lagi hubungan pertahanan dua hala dalam mendokong aspirasi kerjasama seperti yang dinyatakan dalam Memorandum Persefahaman Kerjasama di Bidang-Bidang Pertahanan yang ditandatangani pada 16 November 2005 di antara kedua negara.