BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 28 February 2018 – The Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof today received a farewell call by the Ambassador of the Islamic Republic of Iran, His Excellency Abdolhamid Fekri.
The call provided the opportunity for both sides to share and exchange views on issues of mutual interest. Both sides affirmed the friendly relations between the two countries and were also pleased to maintain the good spirit of camaraderie between both nations in the defence field.
At the end of the call, the Minister of Defence II wished His Excellency all the best and great success in his future undertakings.
His Excellency presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 26 January 2015.

MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA DUTA BESAR REPUBLIK ISLAM IRAN
BOLKIAH GARISON, Rabu, 28 Februari 2018 – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof hari ini menerima kunjungan perpisahan daripada Duta Besar Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Abdolhamid Fekri.
Kunjungan perpisahan telah memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk berkongsi dan bertukar pandangan tentang isu-isu kepentingan bersama. Kedua-dua pihak juga mengesahkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara dan akan terus mengekalkan semangat kemesraan antara kedua-dua negara dalam bidang pertahanan.
Menteri Pertahanan II mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Yang Terutama di dalam apa jua bidang yang diterajuinya pada masa akan datang.
Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 26 Januari 2015.