BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 21 July 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence received a farewell call from Her Excellency Nicola Rosenblum, Australian High Commissioner to Brunei Darussalam earlier today.

During the call, both sides expressed their utmost satisfaction on the close and strong defence relationship shared by Brunei Darussalam and Australia fostered through a spectrum of bilateral and multilateral engagements including in the form of agreements; exchanges of visits; military exercises; and interactions under the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus).

Following the completion of her tenure, the Second Minister of Defence conveyed the ministry’s warmest appreciation for Her Excellency and the Australian High Commission’s contribution towards the longstanding friendship between Brunei Darussalam and Australia including in the fields of defence.

In recent months, the defence relations between both countries marked a number of significant milestones which includes the establishment of a resident Australian defence representative in Brunei Darussalam; inaugural working visit by an Australian Secretary of Defence; port visit by HMAS Dechaineux, the first submarine to dock in Brunei Darussalam; and successful conduct of a joint military exercise called Exercise PENGUIN.


MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI AUSTRALIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Selasa, 21 Julai 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menerima kunjungan perpisahan daripada Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak merakamkan rasa gembira di atas hubungan pertahanan akrab dan kukuh yang terus dinikmati oleh Negara Brunei Darussalam dan Australia. Hubungan ini telah diperkukuhkan melalui interaksi dua hala dan pelbagai hala termasuk dalam bentuk perjanjian-perjanjian; pertukaran lawatan; eksesais ketenteraan dan interaksi di bawah ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (ADMM-Plus).

Sehubungan dengan itu, Menteri Pertahanan Kedua merakamkan penghargaan kepada Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum dan Suruhanjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam di atas sumbangan mereka ke arah hubungan persahabatan yang kian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia termasuk dalam bidang pertahanan.

Di kebelakangan ini, hubungan pertahanan di antara kedua-dua buah negara telah mencatatkan beberapa pencapaian yang signifikan termasuk penetapan wakil pertahanan Australia di Negara Brunei Darussalam; lawatan kerja yang pertama daripada Setiausaha Pertahanan Australia; lawatan kerja HMAS Dechaineux, kapal selam pertama yang berlabuh di Negara Brunei Darussalam; dan pengendalian eksesais ketenteraan bersama, Eksesais PENGUIN.