BOLKIAH GARRISON, Friday 1 March 2019 – The Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof today welcomed the Ambassador of the European Union (EU) to Indonesia and Brunei Darussalam, His Excellency Vincent Guerénd to the Ministry of Defence, who is currently on a working visit to the Sultanate from 26 February to 1 March 2019.
Both the Second Minister of Defence and His Excellency Guerénd took the opportunity to highlight the importance of building good relations and sustaining a fitting level of commitment in relation to cooperative undertakings between Brunei Darussalam and the EU as well as between ASEAN and the EU.
The courtesy call also encompassed discussions on various issues within the political and security domains, with a focus on the EU’s current strategy in Asia in the context of strategic developments at the regional and international level.
As part of his visit, His Excellency also conducted a series of lectures including at the Royal Brunei Armed Forces Defence Academy.
His Excellency presented his letter of credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 12 November 2015.

MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR KESATUAN EROPAH KE INDONESIA DAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Jumaat 1 Mac 2019. Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof pada hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Vincent Guerénd, Duta Besar Kesatuan Eropah ke Indonesia dan Negara Brunei Darussalam, yang sedang menjalankan lawatan kerja ke Negara ini dari 26 Februari hingga 01 Mac 2019.
Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Berhormat Pehin dan Tuan Yang Terutama Guerénd telah sama-sama menggariskan kepentingan untuk meneruskan usaha dan komitmen yang berpatutan ke arah membina hubungan baik yang sedia ada di antara Negara Brunei Darussalam dan Kesatuan Eropah dan juga di antara ASEAN dan Kesatuan Eropah.
Perjumpaan berkenaan juga memberikan peluang bagi perbincangan isu-isu yang berkepentingan dalam bidang politik dan keselamatan terutama sekalinya berkenaan strategi terkini Kesatuan Eropah di rantau Asia dalam konteks perkembangan-perkembangan strategik pada peringkat serantau dan antarabangsa.
Sebagai sebahagian daripada aturcara lawatan kerja beliau, Tuan Yang Terutama Guerénd juga berkesempatan memberikan ceramah termasuk di Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Tuan Yang Terutama Guerénd telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan beliau Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 12 November 2015.