BOLKIAH GARRISON, Thursday, 1 February 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence this morning received a joint courtesy call from the previous Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah and Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, the new Commander of RBAF.

During the call, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih and Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan expressed their congratulations to The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi upon his appointment as Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi also conveyed his appreciation to Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih for his years of service towards protecting and defending the nation. He looked forward to working closely with the new Commander of RBAF to continue the work of preserving the peace and security of the nation, as well as, to enhance the defence and military relationships with regional and international partners.

The handover and take over ceremony was held between Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih and Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, in which the latter assumed duty as the 10th Commander of RBAF.

*************************

MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT
DARI MANTAN PEMERINTAH ABDB DAN PEMERINTAH ABDB YANG BARU

BOLKIAH GARISON, Khamis, 1 Februari 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua pagi ini telah menerima kunjungan hormat bersama daripada mantan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Pemerintah ABDB yang baru, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Semasa kunjungan tersebut, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi atas pelantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan Kedua.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi juga merakamkan penghargaan beliau kepada Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih di atas perkhidmatannya untuk melindungi dan mempertahankan negara. Beliau mengesahkan untuk bekerjasama rapat dengan Pemerintah ABDB yang baru untuk meneruskan usaha memelihara keamanan dan keselamatan negara, serta meningkatkan hubungan pertahanan dan ketenteraan dengan rakan serantau dan antarabangsa.

Upacara Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pemerintah ABDB telah berlangsung kelmarin di antara Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, di mana beliau memulakan tugas sebagai Pemerintah ABDB yang ke-10.