BOLKIAH GARRISON, Monday, 8 February 2021Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence, received an introductory call from Colonel Angelo Gerard P Ariles, the Defense and Armed Forces Attaché of the Republic of the Philippines to Brunei Darussalam this afternoon.

During the call, Yang Berhormat Pehin took the opportunity to congratulate Colonel Angelo Gerard P Ariles on his appointment as the new Defense and Armed Forces Attaché of the Republic of the Philippines to Brunei Darussalam since December 2020 and wished him a successful tour in Brunei Darussalam.

The Second Minister of Defence and the Defense and Armed Forces Attaché of the Republic of the Philippines to Brunei Darussalam also discussed the warm defence and military engagements between Brunei Darussalam and the Republic of the Philippines.

Both countries signed a Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Cooperation on 22 August 2001 and formed a Joint Defence Working Committee (JDWC), which meets regularly since 2005 to discuss the status of bilateral defence relations and explore avenues of defence interactions and cooperation. 

MENTERI PERTAHANAN KEDUA MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN DAN ANGKATAN TENTERA REPUBLIK FILIPINA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Isnin, 8 Februari 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima Kunjungan Pengenalan daripada Kolonel Angelo Gerard P Ariles, Atase Pertahanan dan Angkatan Tentera Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam petang ini.

Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Pehin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kolonel Angelo Gerard P Ariles atas pelantikannya sebagai Atase Pertahanan dan Angkatan Tentera Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam yang baharu sejak bulan Disember 2020 dan mendoakan kejayaan di sepanjang perkhidmatan beliau di Negara Brunei Darussalam.

Menteri Pertahanan Kedua dan Atase Pertahanan dan Angkatan Tentera Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam juga membincangkan hubungan pertahanan dan ketenteraan dua hala yang baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina.

Kedua buah negara telah menandatangani Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 22 Ogos 2001 dan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama Pertahanan (JKBP) dengan mengadakan perjumpaan dua hala sejak tahun 2005 bagi meningkatkan hubungan dua hala dan untuk mengenal pasti lebih banyak peluang interaksi dan kerjasama di masa depan.