BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 2 October 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence conducted a working visit to the new MRS Bolkiah Complex. The purpose of the visit is for the Defence Executive Committee (DEC) to oversee the development of various RBAF capabilities and MINDEF projects.
The new MRS Bolkiah complex is one of the projects undertaken to enhance the Medical Services Unit’s capabilities in the delivery of medical services and medical training to the RBAF.
The visit entourage was welcomed by the Chief Medical Officer, Colonel Dr Awang Md Hafizul bin Haji Awang Hassan and Acting Director of Development and Works Services, Dk Roselawati binti Pengiran Haji Halus. The visit began with a brief by the Chief Medical Officer on the operations envisioned for the new MRS Bolkiah complex. This was followed by a tour of the Medical Clinic and Medical Headquarters within the MRS Bolkiah complex.



LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KEDUA KE KOMPLEKS MRS BOLKIAH
BOLKIAH GARISON, Selasa, 2 Oktober 2018 – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof membuat lawatan kerja ke kompleks MRS Bolkiah baru. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan (JEP) untuk memantau pembangunan dan perkembangan pelbagai kapabiliti ABDB dan projek Kementerian Pertahanan.
Kompleks MRS Bolkiah adalah di antara projek bagi meningkatkan kapabiliti Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan dalam penyediaan perkhidmatan perubatan dan latihan perubatan kepada ABDB.
Rombongan lawatan dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Perubatan, Kolonel Dr Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Hassan and Pemangku Pengarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, Dk Roselawati binti Pengiran Haji Halus.
Lawatan bermula dengan taklimat oleh Ketua Pegawai Perubatan mengenai operasi yang dibayangkan bagi kompleks MRS Bolkiah dan diikuti dengan lawatan ke Klinik Perubatan dan Markas Perubatan di dalam komplek MRS Bolkiah.