RIMBA, Sabtu 31 Mei 2014 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Ahli-Ahli Kerabat Diraja berkenan melawat ke Pameran Statik di Hangar ‘B’ Tentera Udara Diraja Brunei.

Di kawasan pameran statik ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyaksikan pelbagai kelengkapan dan keupayaan ketenteraan daripada unit-unit ABDB dan meninjau fasiliti-fasiliti yang dipamerkan oleh Kementerian Pertahanan dan juga Persatuan Bekas Perajurit.

Turut mengambil bahagian dalam Pameran Statik ini ialah Pasukan Kadet Tentera ABDB dan Program Kidmat Bakti Negara (PKBN).