PENANJONG GARISON, Ahad 30 Disember 2012 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) mengakhiri tahun 2012 dengan mengadakan acara Hari Keluarga bersempena dengan Ulang Tahun ke-51 di Mini Stadium, Penanjong Garison.
Acara ini bertujuan untuk mengukuhkan institusi keluarga. Beberapa aktiviti sampingan untuk keluarga disediakan termasuk Flying Fox dan pelbagai jenis sukan ria.
Acara pada pagi tersebut diselajurkan juga dengan Kejohanan Biathlon TDDB yang merangkumi dua acara sukan iaitu acara berbasikal sejuah 54 km dan berlari sejauh 12km terbahagi kepada dua kategori iaitu Peseorangan Terbuka bagi anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Kategori Relay Berpasukan terhad bagi anggota-angota TDDB sahaja yangmana kedua-dua kategori meliputi semua peringkat umur.
Pemenang dari Kategori Perseorangan Terbuka ialah:-
Johan – Sjn Norisman bin Ismail (IL ABDB)
Naib Johan – Kpl Abdul Mu’min bin Haji Sait (RPK)
Ketiga – Sld Muhd Ussowdeq bin Mohd Hairolran (RPK)
Manakala Kategori Relay Berpasukan ialah:-
Johan – Pasukan Kura-Kura (Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Hj Yussof/Lkpl Hj Busu).
Naib Johan – Pasukan Nyi Pm Nyi (Kolonel Haji Zainal Ariffin/Lkpl Sopian).
Ketiga – Pasukan Gymbra B (Ssjn Hafni/Lkpl Hj Md Nurul Hisyam).
Acara pagi ini mendapat sambutan yang positif daripada seluruh warga TDDB bersama ahli keluarga bagi berhimpun untuk turut serta dalam sambutan Hari Keluarga TDDB. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abd Rahman, Pemerintah TDDB. Tetamu kehormat pada majlis tersebut juga berkesempatan untuk turut serta bagi acara Kejohanan Biathlon bagi kategori berpasukan.
Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pegawai Pemerintah Unit-Unit TDDB, Pegawai-Pegawai dan seluruh warga TDDB bersama keluarga.



