MUARA, Wednesday, 15 November 2017 – Republic of Singapore Navy’s (RSN) Formidable-class frigate RSS STALWART is currently in Brunei Darussalam for a port visit from 14 to 17 November 2017.
The head of delegation for the visit is Senior Lieutenant Colonel Hock Chye Joseph, Deputy Commander (Navy) Midshipmen Wing, Officer Cadet School, SAFTI (Singapore Armed Forces Training Institute) Military Institute and the frigate is commanded by Senior Lieutenant Colonel Lim Kian Hua Augustine.
The ship is visiting Brunei Darussalam as one of its stops during its Midshipmen Sea Training Deployment (MSTD). This is her second visit to the country this year, the first was on 12 September 2017 where both RSS STALWART and Royal Brunei Navy (RBN) KDB BERKAT conducted a Passage Exercise (PASSEX).
This evening, the Republic of Singapore Navy hosted a reception onboard RSS STALWART, which was attended by Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of the RBAF as the Guest of Honour.
Also present were Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, senior officers and officers of the Ministry of Defence and RBAF.
RSS STALWART personnel will be involved in various activities with RBN personnel such as sport interactions and ship visits before setting sail back to Changi Naval Base.




LAWATAN KAPAL TENTERA LAUT SINGAPURA, RSS STALWART KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MIDSHIPMEN SEA TRAINING DEPLOYMENT
MUARA, Rabu, 15 November 2017 – Kapal frigat Tentera Laut Singapura (TLS) RSS STALWART sedang berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan pelabuhan dari 14 hingga 17 November 2017.
Ketua Delegasi bagi lawatan ini ialah Senior Lieutenant Colonel Hock Chye Joseph, Deputy Commander (Navy) Midshipmen Wing, Officer Cadet School, SAFTI (Singapore Armed Forces Training Institute) Military Institute dan kapal ini diperintahkan oleh Senior Lieutenant Colonel Lim Kian Hua Augustine.
Kapal TLS sedang berada di Negara Brunei Darussalam bagi latihan Midshipmen Sea Training Deployment (MSTD) di mana Negara Brunei Darussalam merupakan salah satu pelabuhan untuk latihan pelayaran. Lawatan ini merupakan lawatan kali kedua bagi tahun ini, yang mana lawatan pertama telah diadakan pada 12 September 2017. Semasa lawatan itu, RSS STALWART dan KDB BERKAT Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menjalankan Latihan Passage (PASSEX).
Pada malam ini, satu majlis resepsi diadakan di atas kapal TLS RSS STALWART di Jeti Bravo, TLDB dan dihadiri oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB selaku Tetamu Kehormat.
Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Anggota RSS STALWART akan terlibat dalam pelbagai aktiviti dengan anggota TLDB seperti sukan interaksi dan lawatan kapal sebelum kapal TLS berlayar kembali ke Pangkalan Tentera Laut Changi.