
SOUTH CHINA SEA, 8 MAY 2023 – KDB DARULEHSAN embarked on a 14-day deployment beginning on 27 April 2023 to participate in the Warship Display of the International Maritime Defence Exhibition (IMDEX) Asia 2023 in Singapore and set sail once again to participate in AIME 2023 held from 2 until 8 May 2023.
AIME 2023 aimed to strengthen ASEAN-India relations and served as a platform to enhance naval cooperation, build confidence, and foster friendship at all levels. AIME 2023 was conducted over two phases, namely the Harbour Phase and Sea Phase. The Harbour Phase was initiated with the opening ceremony held in Changi Naval Base, a seminar and Subject Matter Expert Exchanges on Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), and planning conferences between participating units of the exercise.
KDB DARULEHSAN is captained by Commander Saiful Hazril bin Ali, RBN, with a crew of sixty-seven (67) personnel. The exercise was also joined by RSS SUPREME of the Republic of Singapore Navy, HTMS PATTANI of the Royal Thai Navy, KD LEKIU of the Royal Malaysian Navy, VPNS TRAN HUNG DAO of the Viet Nam People’s Navy, BRP ANTONIO LUNA of the Philippine Navy, and KRI I GUSTI NGURAH RAI of the Indonesian Navy and INS DELHI and INS SATPURA of the Indian Navy. The Exercise was also observed by representatives from The Kingdom of Cambodia and the Lao People’s Democratic Republic.
AIME 2023 is a stepping stone in strengthening naval cooperation and collaboration between ASEAN Navies and India. RBN’s participation signals a commitment to defence diplomacy in establishing working relationships with regional partners and contributing to maintaining a stable security environment.



TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI ASEAN-INDIA MARITIME EXERCISE (AIME) 2023
LAUT CINA SELATAN, 8 MEI 2023 – KDB DARULEHSAN memulakan pelayaran selama 14 hari yang bermula dari 27 April 2023 untuk menyertai Warship Display dalam pameran International Maritime Defence Exhibition 2023 (IMDEX) di Singapura dan meneruskan pelayaran untuk menghadiri latihan AIME 2023 yang berlangsung bermula 2 hingga 8 Mei 2023.
AIME 2023 bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan di antara negara-negara ASEAN dan India dan dijadikan platform untuk meningkatkan kerjasama tentera laut, membina keyakinan, dan memupuk persahabatan di semua peringkat. Latihan tersebut dikendalikan melalui dua fasa iaitu fasa pelabuhan dan fasa laut. Fasa pelabuhan merangkumi Majlis Perasmian di Changi Naval Base, Seminar Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) dan juga persidangan bagi perancangan latihan fasa laut diantara unit-unit yang menyertai latihan tersebut.
KDB DARULEHSAN diketuai oleh Komander Saiful Hazril bin Ali, TLDB dan disertai enam puluh tujuh (67) anggota kapal. AIME turut disertai, RSS SUPREME dari Tentera Laut Republik Singapura, HTMS PATTANI dari Tentera Laut Diraja Thai, KD LEKIU dari Tentera Laut Diraja Malaysia, VPNS TRAN HUNG DAO dari Tentera Laut Rakyat Viet Nam, BRP ANTONIO LUNA dari Tentera Laut Filipina, dan KRI I GUSTI NGURAH RAI dari Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut dan INS DELHI dan INS SATPURA dari Tentera Laut India. Latihan berkenaan turut diperhatii oleh wakil-wakil Kerajaan Kemboja dan Republik Demokratik Rakyat Lao.
AIME 2023 merupakan batu loncatan dalam mengukuhkan kerjasama diantara kesemua Tentera Laut negara-negara ASEAN dan India. Penyertaan TLDB menandakan komitmen terhadap diplomasi pertahanan dalam mewujudkan hubungan kerja dengan negara-negara rantau ini dan menyumbang kepada persekitaran keselamatan yang stabil.