MUARA, Thursday, 13 August 2020 – The Commander of Royal Brunei Navy (RBN), First Admiral Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, convened a video conference with his counterpart, Rear Admiral Aaron Beng, Chief of Navy, Republic of Singapore Navy (RSN) today.

During the video conference, both sides reaffirm their longstanding and close defence relations that has been continuously nurtured through engagements in various areas of cooperation including regular exchange of visits, exercises, interactions and training.

Both sides also expressed firm commitment in further strengthening the bilateral ties between RBN and RSN and is currently discussing their future plans and identifying windows of opportunities for both sides to meet as COVID-19 outbreak has halted face-to-face interactions for the time being.

The Commander of RBN also took the opportunity to congratulate the Republic of Singapore on the occasion of their 55th National Day Parade held on the 9 August 2020.



PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI ADAKAN SIDANG VIDEO BERSAMA PEMERINTAH TENTERA LAUT REPUBLIK SINGAPURA

MUARA, Khamis, 13 Ogos 2020 – Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, telah mengadakan panggilan sidang video bersama Laksamana Muda Aaron Beng, Pemerintah Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) pada hari ini. 

Semasa sidang video tersebut, kedua belah pihak menekankan hubungan pertahanan yang rapat dan kian terjalin yang terus dipupuk melalui penglibatan dalam pelbagai bidang kerjasama termasuk pertukaran lawatan berkala, eksesais, interaksi dan latihan.

Kedua belah pihak juga telah menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuhkan persahabatan dua hala diantara TLDB dan TLRS dan sedang membincangkan perancangan masa hadapan bersama dan mengenal pasti peluang bagi kedua belah pihak untuk berjumpa dimana penularan wabak COVID-19 telah menghentikan segala interaksi bersua-muka buat seketika.

Pemerintah TLDB juga turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada Republik Singapura sempena sambutan Hari Kebangsaan Republik Singapura yang ke-55 tahun yang telah diadakan pada 9 Ogos 2020.