
MUARA, Friday, 14 June 2019 – The Royal Brunei Navy (RBN) commemorated its 54th Anniversary by holding a series of events today at the Muara Naval Base. Present as the guest of honour was First Admiral Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, Commander of RBN. The occasion began with a
Doa Kesyukuran Ceremony which was held at the Surau Al-Huda, RBN.
After which, a Parade Ceremony was held at the RBN Parade Square, where a total of 455 RBN personnel participated in the parade led by Lieutenant Commander Ade Roddiane bin Haji Mohd Rosdi, RBN.
In his opening address, the Commander of RBN pledged the RBN’s undivided loyalty to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. He highlighted three areas that the RBN continues to strive excellence in, which are fleet operational preparedness; capacity-building and development of personnel; and active cooperation with related agencies especially those pertaining to the security of the country. Towards the end of his speech, he urged for the RBN to continue working together to achieve the RBN’s vision, that is, to be a robust, responsive and resource-efficient navy.
The event continued with a presentation ceremony of awards and certificates to selected RBN young officers. The Officer of the Watch Certificate was awarded to four young officers, namely 1147 Lieutenant Junior Grade Ahmad Nafees bin Haji Kamsani, 1221 Lieutenant Junior Grade Md Rafiuddin bin Maidin, 1146 Lieutenant Junior Grade Muhd Farasul Wa’ie bin Wadi and 1183 Lieutenant Junior Grade Ak Mohd Fadhil bin Pg Haji Ali. Meanwhile, the Rules of the Road Master Award went to 1185 Lieutenant Junior Grade Mohd Ikhwan bin Haji Junaidi. The Commander of RBN also presented The Promising Engineer awards to 1014 Lieutenant Junior Grade Haji Marjidi bin Haji Abd Rahman and 13574 Chief Petty Officer Hilham bin Mohd Ibrahim, Marine Engineer personnel, all of whom exhibited outstanding performance in technical work aspects within the RBN.
Other awards and certificates were also presented to outstanding non-commissioned officers whose efforts and contributions towards the RBN were also recognised.
Sauh Emas Award was given to 15059 Chief Petty Officer Suryadi bin Haji Suhaili and
Bintang Harapan was awarded to 18825 Leading Hand Awangku Mohammad Al-Amin bin Pengiran Haji Aliudddin. Meanwhile, the best male athlete was awarded to 14050 Chief Petty Officer Pengiran Shamseer Ariffin bin Pengiran Haji Mohd Said. The athlete award recognised the active participation of the RBN personnel in sport activities and events organised at the level of the RBN, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), ministerial and even, nation-wide.
The event was then blessed with a recitation of
Doa Selamat by Ustaz Rafiuddin bin Haji Md Ali, RBN Religious Teacher. The anniversary ceremony concluded with a
Majlis Ramah Mesra in conjunction with this year’s Hari Raya Aidilfitri and an Anniversary Cake Cutting Ceremony commemorating the RBN’s 54th Anniversary at the Warrant Officer, Chief Petty Officer and Petty Officer Mess, RBN.
A Recitation of Surah Yassin and Tahlil for the Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit at Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan, was also on 13 June 2019 in conjunction to the anniversary.



TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT ULANG TAHUN KE- 54 TAHUN
MUARA, Jumaat, 14 Jun 2019 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan majlis sambutan Hari Ulang Tahun Yang ke-54 Tahun tdengan beberapa aktiviti di Pangkalan Tentera Laut Muara pada hari ini. Hadir sebagai Tetamu Kehormat Majlis ialah Laksamana Pertama Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, Pemerintah TLDB. Acara dimulakan dengan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Al-Huda, TLDB.
Acara sambutan tersebut diteruskan dengan acara perbarisan di padang kawad TLDB yang telah disertai seramai 455 anggota TLDB dan diketuai oleh Leftenan Komander Ade Roddiane bin Haji Mohd Rosdi.
Pemerintah TLDB, dalam ucapan alu-aluan, telah menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan seterusnya melafazkan ikrar ta’at setia yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. Pemerintah TLDB menekankan terhadap tiga perkara utama yang perlu dipertingkatkan dan dilaksanakan secara berterusan oleh TLDB iaitu keperluan bagi kesiapsiagaan Armada; kepentingan pembangunan kapasiti serta kualiti pegawai dan anggota TLDB; dan kerjasama operasi yang padu bersama agensi-agensi yang berkepentingan terutama dalam aspek keselamatan negara. Pada akhir ucapan alu-aluan, Pemerintah TLDB menyarankan semua lapisan peringkat TLDB untuk sama-sama berganding bahu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sejajar dengan visinya untuk menjadi angkatan laut yang cekap, cerdas, responsif dan efisien.
Majlis diselajurkan dengan Acara Penyampaian Sijil
Officer of the Watch yang mana diberikan kepada empat orang pegawai muda iaitu 1147 Leftenan Madya Ahmad Nafees bin Haji Kamsani, 1221 Leftenan Madya Md Rafiuddin bin Maidin, 1146 Leftenan Madya Muhd Farasul Wa’ie bin Wadi dan 1183 Leftenan Madya Ak Md Fadhil bin Pg Haji Ali. Majlis berkenaan juga menyaksikan penerimaan Anugerah
Rules of the Road Master kepada 1185 Leftenan Madya Mohd Ikhwan bin Haji Junaidi.
Manakala Anugerah
Promising Engineer diberikan kepada 1014 Leftenan Madya Haji Marjidi bin Haji Abd Rahman dan 13574 Bintara Kanan Hilham bin Mohd Ibrahim, Pegawai Jurutera Marin dan anggota Jurutera Marin TLDB yang diperakui telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dari sudut kecekapan kejuruteraan dan teknikal kepada TLDB.
Anugerah-anugerah pengiktirafan juga diberikan kepada anggota lain-lain peringkat TLDB bagi mengenang usaha dan pencapaian individu berdasarkan profesionalisma, kepimpinan dan komitmen mereka dalam menjalankan tugas yang memuaskan. Anugerah Sauh Emas diberikan kepada 15059 Bintara Kanan Suryadi bin Haji Suhaili, Anugerah Bintang Harapan diberikan kepada 18825 Laskar Kanan Ak Mohd Al-Amin bin Pg Haji Aliuddin.
Manakala itu, Anugerah Olahragawan Terbaik dihulurkan kepada 14050 Bintara Kanan Pg Shamseer Ariffin bin Pg Haji Mohd Said. Anugerah Olahragawan Terbaik ini telah diberikan kepada anggota TLDB dalam mengiktiraf penglibatan aktif dan pencapaian anggota TLDB dalam menyertai aktiviti dan acara sukan di peringkat TLDB, ABDB, Kementerian mahupun Kebangsaan.
Doa selamat telah dibacakan oleh Ustaz Rafiuddin bin Haji Mohd Ali, Guru Agama TLDB. Acara berkenaan juga diselajurkan dengan Majlis Ramah Mesra bersempena dengan Hari Raya Aidifitri pada tahun ini dan pemotongan kek Ulang Tahun Hari Ulang Tahun TLDB yang ke – 54 Tahun di Mes Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara, TLDB.
Hari Ulang Tahun Penubuhan TLDB ke-54, TLDB juga mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin Dan Tahlil bagi Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja pada 13 Jun 2019.