MUARA, Thursday, 6 November 2020– First Admiral Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, Commander of Royal Brunei Navy (RBN) attended the 14th ASEAN Navy Chief Meeting (ANCM) conducted virtually.

Also in attendance were Commander Khairil bin Haji Abdul Rahman, Fleet Commander of RBN, Commander Sonny Iskandar bin Rasani, Chief of Staff RBN, Staff Officers Grade 2 to Commander Navy and Staff Officers to RBN Headquarters.

With the theme “Naval Cooperation for a Cohesive and Responsive ASEAN”, the meeting was chaired by Vietnam People’s Navy (VPN) and attended by 10 ASEAN Naval Chiefs. The meeting commenced with opening remarks by the VPN Chief, Rear Admiral Tran Thanh Ngiem followed by presentations, information sharing and discussions on future activities.

The RBN Commander, in his presentation, highlighted the significance of confidence building and enhanced mutual understanding between navies despite the challenges faced due to the COVID-19 pandemic. He also underscores the good and growing relationship between the navies and emphasise the value of ensuring safety at sea; and applauded initiatives taken by the VPN in conducting the 14th ANCM virtually that proves the pandemic does not hinder; but bridges navies to share and exchange information efficiently and timely.

The meeting concluded with RBN Commander’s final remarks where he announced the RBN as the next Chairman for the 15th ANCM that is scheduled in August 2021.




PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI HADIRI ASEAN NAVY CHIEF MEETING KALI KE-14

MUARA, Khamis, 6 November 2020 – Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TDDB), telah menghadiri Mesyuarat ASEAN Navy Chief kali ke-14 yang dikendalikan secara dalam talian.

Turut hadir ialah Komander Khairil bin Haji Rahman, Pemerintah Armada TLDB, Komander Sonny Iskandar bin Rasani, Ketua Staf, Markas TLDB, Timbalan Pegawai Turus Pemerintah TLDB serta Penolong Pegawai Turus Markas TLDB.

Bertemakan ‘Naval Cooperation for a Cohesive and Responsive ASEAN’, mesyuarat ini telah dihoskan oleh Tentera Laut Rakyat Vietnam dan dihadiri oleh 10 perwakilan Pemerintah Angkatan Laut Sahabat dari negara ASEAN. Mesyuarat ini telah dimulakan dengan ucapan pembukaan dari Pemerintah Tentera Laut Vietnam, Laksamana Muda Tran Thanh Ngiem, diikutkan dengan pembentangan, perkongsian maklumat, dan perbincangan mengenai aktiviti di masa akan datang.

Pemerintah TLDB, di dalam pembentangan beliau, telah menekankan pentingnya pembangunan keyakinan dan meningkatkan persefahaman dikalangan Angkatan Tentera Laut walaupun terdapat cabaran wabak COVID-19.

Beliau juga menekankan hubungan kerjasama yang baik dan kian meningkat diantara Angkatan Tentera Laut dan menitikberatkan nilai bagi memastikan keselamatan di laut; dan bersetuju terhadap inisiatif VPN bagi mengendalikan mesyuarat ANCM ke-14 secara dalam talian yang membuktikan bahawa wabak tersebut tidak menghalang malah mengeratkan lagi Angkatan-angkatan laut sahabat untuk berkongsi maklumat dengan lebih cekap dan tepat pada waktunya.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penutup dari Pemerintah TLDB dimana beliau telah mengumumkan TLDB sebagai Pengerusi ANCM ke-15 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos 2021.