MUARA, Friday, 18 December 2020 – The 15th series of Exercise SEMBILANG concluded with a closing ceremony that took place at Multi-National Coordination Centre (MNCC) today. This year’s exercise was hosted by the Royal Brunei Navy (RBN) from 14 to 18 December 2020, involving assets from Royal Brunei Land Force (RBLF), RBN, Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Marine Police, Royal Brunei Police Force (POLMAR, RBPF).

Officiating the closing ceremony was Superintendent Haji Mohd Azrie bin Haji Talip, Acting Director of Operations, RBPF. Also present were Superintendent Haji Mahran bin Haji Ahmad, Officer Commanding POLMAR, RBPF, Commander Azrin bin Haji Mahmud, Acting Fleet Chief of Staff, Lieutenant Colonel Mohd Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Assistant Chief of Staff Operation RBLF, and Lieutenant Colonel Rudie Asmawie bin Haji Abidin, Commanding Officer of Support Battalion, RBLF.

This year’s exercise was focused on procedures and best practices for Maritime Interdiction Operations (MIOPs), investigation, evidence handling and also towing procedures. The exercise that took place at the Jerudong coastal area included integrated boarding exercise and towing exercise between the RBN and Marine Police, RBPF. It has given the agencies involved opportunities to identify any underlying issues and gaps in order to improve operations within the maritime agencies as well as improve interoperability between agencies towards a safe and secure maritime domain through a Whole of Government Approach. 

Through Exercise SEMBILANG, participating agencies were able to gain valuable knowledge and experience through classes, workshops and practical exercises. A sport interaction also took place to increase trust and strengthen camaraderie between agencies and to compete for the SEMBILANG Cup.


RBN and Marine Police, RBPF as well as RBLF, RBAirF and Joint Force Headquarters RBAF have played a key role in advancing the exercise’s objectives by working together and hope to make more improvements in the next series of Exercise SEMBILANG.












EKSESAIS SEMBILANG SIRI 15/20 ERATKAN KERJASAMA ANTARA
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DAN POLIS MARIN, PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

MUARA, Jumaat 18 Disember 2020 – Eksesais SEMBILANG siri ke-15 berakhir dengan upacara penutup yang berlangsung di Pusat Penyelarasan Multinasional pada hari ini.

Eksesais pada tahun ini telah dihoskan oleh Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dari 14 hingga 18 Disember 2020 yang melibatkan aset-aset daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), TLDB, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan  Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (POLMAR, PPDB).

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Penguasa Haji Mohd Azrie bin Haji Talip, Pemangku Pengarah Jabatan Gerakan, PPDB. Turut hadir ialah Penguasa Haji Mahran bin Haji Ahmad, Pegawai Pemerintah POLMAR, PPDB, Komander Azrin bin Haji Mahmud, Pemangku Ketua Staf Armada, TLDB, Leftenan Kolonel Mohd Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Penolong Ketua Staf Gerakan, TDDB dan Leftenan Kolonel Rudie Asmawie bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu, TDDB.

Ekesais tahun ini memberikan tumpuan kepada prosedur dan amalan terbaik untuk Maritime Interdiction Operations (MIOPs), siasatan, pengendalian bahan bukti dan juga prosedur penundaan. Eksesais yang dilakukan di persisiran Pantai Jerudong termasuk latihan pengeledahan secara gabungan dan latihan menunda diantara kapal TLDB dan Bot POLMAR, PPDB.

Ianya juga memberikan peluang kepada agensi-agensi yang terlibat untuk mengenal pasti sebarang masalah dan jurang untuk meningkatkan operasi dalam agensi maritime serta mempertingkatkan interoperabiliti antara agensi-agensi yang terlibat kearah domain maritim yang selamat dan terkawal melalui pendekatan Whole of Government.

Melalui Eksesais SEMBILANG ini, agensi-agensi yang turut serta dapat memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang berharga melalui kelas, bengkel dan latihan praktikal. Sukan interaksi juga diadakan bagi mempertingkatan kepercayaan dan mengeratkan lagi persahabatan diantara kedua-dua agensi dan bagi merebut piala SEMBILANG. 

TLDB dan Polis Marin, PPDB serta TDDB, TUDB dan dan Markas Angkatan Bersama ABDB telah memainkan peranan penting dalam memajukan objektif latihan dengan bekerjasama dan berharap dapat melakukan penambahbaikan dalam siri Latihan SEMBILANG berikutnya.