
MUARA NAVAL BASE, Tuesday, 14 June 2022 – The Royal Brunei Navy (RBN) commemorated its 57th Anniversary today with a Parade Ceremony held at the RBN Parade Square led by Lieutenant Commander Mohammad Hasmin bin Haji Hashim, RBN.
Present as Guest of Honour was First Admiral Dato Seri Pahlawan Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, Commander RBN where he gave a speech to commemorate RBN’s 57th Anniversary. In his speech, he highlighted the importance of RBN’s responsibility in maintaining peace, prosperity and maritime sovereignty of Brunei Darussalam. He also reminded all levels of leadership to adhere to strong leadership values and to lead by example.
The parade continued with the presentation of awards and certificates to RBN officers and sailors for their achievements and professionalism in their careers. These include the presentation of the Principal Warfare Officer badge given to Lieutenant Commander Mohammad Husaini bin Haji Mohd Sofian, RBN and Lieutenant Commander Mohammad Shahrul Idham bin Haji Bungsu, RBN. The Fast Patrol Vessel Commanding Officer’s Certificate was awarded to Lieutenant Commander Mohammad Nabil bin Jalil, RBN and Lieutenant Commander Nazurah binti Haji Mahaleh, RBN. The Landing Craft Coxswain’s Certificate was awarded to Warrant Officer 2 Shahirul Affendy bin Mohammad Rakawi, RBN, Warrant Officer 2 Addey Affendy bin Ali Hussin, RBN and Warrant Officer 2 Mohammad Sopian bin Abdul Rahman, RBN. 14 RBN officers were also awarded the Officer of the Watch Certificate signifying their competence at sea as an Officer of the Watch.
Other awards include the Sauh Emas Award given to Warrant Officer 2 Mohammad Ariwan bin Mohammad, RBN; the Bintang Harapan Award given to Able Rate Muhammad Arifshahdan bin Matzainin, RBN; the Best Engineer awarded to Lieutenant Awangku Abdul Rauf Bahar bin Pengiran Haji Yusof, RBN and Warrant Officer 2 Alihan bin Haji Puteh, RBN. Lieutenant Junior Grade Nabilah Sa’adatul Hayat binti Shamsul Hayat, RBN was also awarded the Rules of the Road Master Award for achieving excellent scores in the monthly examinations on the Rules of the Road.
Awards were also given to the Best Male and Female Athletes commending their outstanding fitness capabilities. Recipients of the Best Male Athletes were given to Lieutenant Wan Izz Zafir Alawi bin Mohammad Kassim, RBN, and Able Rate Haji Syaza Naqiuddin bin Haji Nafiah, RBN; while the Best Female Athletes were given to Lieutenant Junior Grade Dayangku Nur Amrina binti Pengiran Abdul Aziz, RBN, and Ordinary Rate Noorsuriani binti Rusman, RBN.
The event was further blessed with a Doa Selamat recited by Ustaz Muhammad Sabqi bin Nasar, RBN Religious Officer and concluded with a group photo on the RBN Parade Square.
A series of events have been conducted in conjunction with RBN’s 57th Anniversary such as cleaning campaigns at Islamic cemeteries, donations to former RBN members, and religious ceremonies such as Tahlil at the Royal Brunei Mausoleum, Khatam Al-Qur’an ceremony and Doa Kesyukuran. More events will continue to commemorate the 57th Anniversary, including Mess Dinners in all the messes of the RBN, a blood donation campaign and an Office Open Day at year-end.




PERBARISAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI KE-57
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Selasa, 14 Jun 2022 – Perbarisan bagi Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) ke-57 telah berlangsung pada hari ini di Padang Kawad TLDB yang diketuai oleh Leftenan Komander Mohammad Hasmin bin Haji Hashim, TLDB.
Hadir sebagai Tetamu Kehormat ialah Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, Pemerintah TLDB di mana beliau turut menyampaikan ucapan sempena HUT TLDB ke-57. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan tanggungjawab TLDB dalam mengekalkan keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan maritim Negara Brunei Darussalam. Beliau turut mengingatkan semua lapisan kepimpinan untuk berpegang kepada nilai-nilai kepimpinan yang kukuh dan memimpin melalui teladan.
Perbarisan diteruskan dengan penyampaian anugerah dan sijil kepada Pegawai dan anggota TLDB yang telah menunjukkan pencapaian yang terbaik dan juga sikap profesionalisme dalam kerjaya mereka. Ini termasuk penyampaian Lencana Pegawai Peperangan Utama yang dianugerahkan kepada Leftenan Komander Mohd Husaini bin Haji Mohammad Sofian, TLDB dan Leftenan Komander Mohammad Shahrul Idham bin Haji Bungsu, TLDB. Sijil Pegawai Pemerintah Kapal Peronda Laju dianugerahkan kepada Leftenan Komander Mohammad Nabil bin Jalil, TLDB and Leftenan Komander Nazurah binti Haji Mahaleh, TLDB. Sijil Juragan Kapal Pendarat dianugerahkan kepada Pegawai Waran 2 Shahirul Affendy bin Mohammad Rakawi, TLDB, Pegawai Waran 2 Addey Affendy bin Ali Hussin, TLDB dan Pegawai Waran 2 Mohammad Sopian bin Abdul Rahman, TLDB. Seramai 14 orang pegawai TLDB juga telah dianugerahkan Sijil Pegawai Anjungan bagi menandakan kecekapan mereka di laut sebagai Pegawai Anjungan dalam kapal-kapal TLDB.
Anugerah-anugerah lain termasuk Anugerah Sauh Emas yang diberikan kepada Pegawai Waran 2 Mohammad Ariwan bin Mohammad, TLDB; Anugerah Bintang Harapan diberikan kepada Laskar Muda Muhammad Arifshahdan bin Matzainin, TLDB; Anugerah Jurutera Terbaik diberikan kepada Leftenan Awangku Abdul Rauf Bahar bin Pengiran Haji Yusof, TLDB, dan Pegawai Waran 2 Alihan bin Haji Puteh, TLDB. Leftenan Madya Nabilah Sa’adatul Hayat binti Shamsul Hayat, TLDB juga telah diberikan Anugerah ROR Master atas pencapaian nilai cemerlang dalam peperiksaan bulanan Rules of the Road.
Anugerah Jasmani Terbaik juga diberikan kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota lelaki dan wanita terbaik yang telah menunjukkan keupayaan kecergasan yang cemerlang. Anugerah Jasmani Terbaik Lelaki diberikan kepada Leftenan Wan Izz Zafir Alawi bin Mohammad Kassim, TLDB, dan Laskar Muda Haji Syaza Naqiuddin bin Haji Nafiah, TLDB; manakala Anugerah Jasmani Terbaik Wanita diberikan kepada Leftenan Madya Dayangku Nur Amrina binti Pengiran Abdul Aziz, TLDB, and Laskar Noorsuriani binti Rusman, TLDB.
Bagi memberkati majlis tersebut, Doa Selamat telah dibacakan oleh Ustaz Muhammad Sabqi bin Nasar, Pegawai Agama TLDB dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai di Padang Kawad TLDB.
Beberapa siri acara sempena HUT TLDB ke-57 juga telah dijalankan termasuk kempen kebersihan di perkuburan islam, sumbangan sedekah kepada mantan-mantan TLDB, acara-acara keagamaan seperti Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja, Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran. Beberapa acara lagi akan diteruskan sempena HUT TLDB ke-57 termasuk Majlis Makan Malam Beradat di mes-mes TLDB, Kempen Derma Darah, dan juga Office Open Day pada hujung tahun ini.