KUALA BELAIT, Thursday, 11 November 2021 – After the occurrence of the recent heavy rain causing subsequent flooding and landslide in parts of Kuala Belait, the Royal Brunei Land Force (RBLF) deployed the Combat Engineers Squadron, Support Battalion RBLF (CES, Sp Bn RBLF) and Third Battalion RBLF (3Bn RBLF), to assist in Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) operations. 

Among those badly affected were lowland areas in Kampong Rampayoh and several residential areas and main roads inaccessible, particularly in Kampong Sungai Mau. The RBLF was also assisted by the Public Works Department (PWD).

The 3Bn RBLF provided manpower, 4-tonner and Damien boats as ferry services to the affected residents in Kampong Sungai Mau for their daily routine. In addition, an Incident Command Post (ICP) was also activated at the Kampong Sungai Mau Multi-Purpose Hall involving several government agencies. The ICP consists of the Belait District Department, Royal Brunei Police Force, Belait District Fire and Rescue Operations Branch ‘B’, and Emergency Medical Ambulance Services Brunei Darussalam (EMAS).

Meanwhile, continued mobility support has also been provided to the residents of Kampong Rampayoh by fixing the eroded roads that connect the main road to the bridge at the village. The CES, Sp Bn RBLF and Assault Pioneer Platoon 3Bn RBLF (AP 3Bn RBLF) helped build a Medium Girder Bridge (MGB) as a temporary bridge while waiting for the road to be completely repaired. Other assistance rendered includes building the handle post as an alternative route for the pedestrians in the village.

As Brunei Darussalam is currently experiencing adverse weather conditions, the RBLF will continue to work with the District Disaster Management Centre (DDMC) Committee and other agencies in aiding the affected residents. 





BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA DI KAMPONG RAMPAYOH DAN SUNGAI MAU, KUALA BELAIT

KUALA BELAIT, Khamis, 11 November 2021 – Selepas kejadian hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah susur di beberapa buah kawasan di Kuala Belait, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengerahkan Skuadron Jurutera Tempur Batalion Bantu TDDB (SJT, Bn Bantu TDDB) dan Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB) untuk memberikan operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR). 

Antara kawasan yang teruk terjejas adalah kawasan tanah rendah di Kampong Rampayoh dan beberapa kawasan kediaman di persekitaran Kampong Sungai Mau yang menjejaskan sebahagian laluan jalan raya utama. Turut memberikan bantuan adalah Jabatan Kerja Raya (JKR).

3Bn TDDB memberikan bantuan tenaga manusia dan kemudahan trak 4-Tonner dan bot Damien sebagai perkhidmatan pengangkutan bagi keperluan harian penduduk Kampong Sungai Mau yang terjejas. Pusat Perintah Insiden atau ‘Incident Command Post’ (ICP) juga telah diaktifkan di Dewan Serbaguna Kampong Sungai Mau yang melibatkan beberapa buah agensi kerajaan. ICP termasuk Jabatan Daerah Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei, Cawangan Operasi ‘B’ Bomba dan Penyelamat Daerah Belait, Emergency Medical Ambulance Services Brunei Darussalam (EMAS).

Sementara itu, bantuan daya gerak diberikan kepada penduduk Kampong Rampayoh dengan memperbaiki jalan raya yang terhakis yang menghubungkan jalan utama dan jambatan di kampong tersebut. SJT, Bn Bantu TDDB dan Platun Rintis Serang, 3Bn TDDB membantu untuk membina Medium Girder Bridge (MGB) sebagai jambatan sementara, selama menunggu jalan utama di baik pulih sepenuhnya. Bantuan lain yang disalurkan termasuk membina Handle Post sebagai laluan alternatif untuk kegunaan pejalan kaki di kampung tersebut.

Memandangkan Negara Brunei Darussalam pada masa ini sedang mengalami keadaan cuaca buruk, TDDB akan terus bekerjasama dengan Jawatankuasa Pusat Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) dan agensi lain dalam memberikan bantuan kepada penduduk awam yang terjejas.