KUALA BELAIT, Monday, 08 Nov 2021 – The Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) conducted a Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) operation during the recent heavy rain and strong winds, which caused infrastructural damages in parts of Kuala Belait.
One of the most affected areas was the Rancangan Perumahan Kampung Pandan Mosque in Kuala Belait, where the main glass doors of the mosque were severely damaged. The Civil-Military Cooperation (CIMIC) Platoon from 3Bn RBLF assisted with clearing and cleaning up the property damaged by the disaster.
Such HADR operations reflect the Royal Brunei Armed Forces continuous commitment to supporting the National Disaster Management Centre (NDMC) as the nation’s lead agency in disaster response and other relevant agencies in alleviating such situations rapidly and effectively. These operations also foster good civil-military relations between the RBLF, civilian agencies as well as members of the community.


TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI HULURKAN BANTUAN OPERASI KEMANUSIAAN DAN BENCANA ALAM DI DAERAH BELAIT
KUALA BELAIT, Isnin, 08 Nov 2021 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) melaksanakan operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) selepas hujan lebat dan angin kencang baru-baru ini yang telah menyebabkan kerosakan prasarana di beberapa buah kawasan di Kuala Belait.
Salah satu kawasan yang teruk terjejas adalah Masjid Rancangan Perumahan Kampung Pandan, Kuala Belait dimana pintu kaca utama masjid telah mengalami kerosakan yang teruk. Platun Civil-Military Cooperation (CIMIC) dari 3Bn TDDB telah membantu mengangkat dan membersihkan harta benda yang telah dirosakkan oleh bencana tersebut.
Operasi HADR seperti ini mencerminkan komitmen berterusan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam menyokong Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) sebagai agensi utama dalam menangani bencana, serta agensi-agensi lain yang berkaitan dalam menangani situasi tersebut dengan pantas dan berkesan. Operasi seperti ini juga turut menyumbang dalam mengeratkan hubungan baik di antara pihak TDDB bersama agensi-agensi awam dan masyarakat.