BANGKOK, Thursday, 1 September 2022 - Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander Royal Brunei Land Force (RBLF) attended the Defence and Security 2022 Exhibition held at IMPACT Exhibition and Convention Center, Muang Thong Thani, Bangkok, Thailand from 29th August to 1st September 2022.
While at the exhibition, Commander RBLF had the opportunity to visit a multitude of exhibitors which showcased leading equipment, products, innovative technology, and service solutions to address armies’ capabilities and requirements.
The Defence and Security 2022 Exhibition is an international event that focuses on international cooperation and business partnerships for a more united and effective response regarding disaster management, cyber security, anti-terrorism and defence production. It has a rich history of partnering with multinational corporations, manufacturers, delegations, military decision makers and related government officials especially from ASEAN member states and has proved to be the ideal venue and business platform for enhancing cooperation and partnership.

PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI HADIRI PAMERAN DEFENCE AND SECURITY 2022
BANGKOK, Khamis, 1 September 2022 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghadiri Pameran Defence and Security 2022 bertempat di IMPACT Exhibition and Convention Center, Muang Thong Thani, Bangkok, Thailand dari 29 Ogos 2022 sehingga 1 September 2022.
Semasa menghadiri pameran tersebut, Pemerintah TDDB berpeluang melawat pelbagai pameran peralatan, produk, teknologi inovatif dan service solutions yang berpotensi untuk meningkatkan keupayaan dan keperluan tentera.
Pameran Defence and Security 2022 merupakan acara antarabangsa yang memberikan tumpuan kepada kerjasama antarabangsa dan perkongsian perniagaan yang lebih berkesan bagi pengurusan bencana alam, keselamatan siber, anti-keganasan dan industri pertahanan. Pameran ini mempunyai sejarah penglibatan kerjasama dengan syarikat-syarikat multinasional, pengilang, delegasi-delegasi, ketua-ketua angkatan tentera dan pegawai-pegawai kerajaan yang berkaitan terutamanya dari negara ahli ASEAN yang mana telah terbukti sebagai tempat yang sesuai bagi meningkatkan perkongsian dan kerjasama.