BERAKAS GARRISON, Sunday 4 November 2018 - The Royal Brunei Land Force (RBLF) celebrated its 57th anniversary today with a parade comprising of 2,297 personnel at the First Battalion parade square.


The Commander of RBLF Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh in his speech pledged the RBLF’s undivided loyalty to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, the Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces.

The Commander of RBLF emphasised on the preparedness and readiness of the RBLF and advised all RBLF personnel to remain vigilant and adapt to the increasingly challenging strategic environment. The Commander of RBLF also underscored the key achievements and notable progress that has been made by the RBLF throughout the year particularly in areas of defence diplomacy as well as at the operational level. In addition, the Commander of RBLF highlighted the RBLF’s growing capabilities which serves to improve the RBLF’s operational readiness and stressed that security and discipline must be improved and maintained. 

In conjunction with the RBLF’s anniversary, the Land Force Doctrine and Future Land Operating Concept books were launched, which will be used as the guiding principles for RBLF personnel in carrying out their roles and responsibilities. 

The ceremony continued with the prize and certificate presentation to the RBLF personnel who achieved exemplary commendations in their respective courses as well as in sports and concluded with the recitation of the pledge, doa and a photo session. 

The Commander of RBLF conveyed appreciation and thanked all members of the RBLF for their loyalty and sacrifices in carrying out their duties and hope that RBLF will continue to flourish. 

Various activities were also organised to commemorate the 57th RBLF anniversary including a Tahlil ceremony at the Royal Maus​oleum and thanksgiving prayers.













TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KE 57


BERAKAS GARISON, Ahad 4 November 2018 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyambut Hari Ulang Tahun yang ke-57 pada hari ini dengan mengadakan perbarisan yang terdiri daripada 2,297 anggota di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB. 

Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh dalam ucapan perutusan beliau, menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan seterusnya melafazkan ikrar ta’at setia yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Pemerintah TDDB menekankan mengenai persekitaran strategik yang semakin mencabar dimana ianya memerlukan TDDB untuk sentiasa berwaspada dan beradaptasi demi meningkatkan kesiapsiagaan (preparedness) dan kesediaan (readiness) setiap anggota. Beliau juga menyebutkan pencapaian dan kemajuan TDDB yang telah diraih sepanjang tahun ini terutamanya dari segi diplomasi pertahanan dan dari sudut operasi. Beliau juga mengongsikan perkembangan keupayaan TDDB yang kian meningkat yang dirancang dibawah teras kesiapsiagaan dan keperluan operasi yang menjadi hala tuju dan focus TDDB pada tahun ini dan juga dimasa hadapan.

Pemerintah TDDB menegaskan bahawa sekuriti dan disiplin adalah fokus-fokus utama yang tetap relevan dan perlu diperbaiki dan dipertahankan oleh setiap warga TDDB.

Sempena Hari Ulang Tahun TDDB yang ke-57, buku Land Force Doctrine dan Future Land Operating Concept juga dilancarkan sebagai panduan dan prinsip kepada anggota TDDB dalam menjalankan peranan dan tugas. 

Upacara diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil pujian kepada anggota- anggota TDDB yang cemerlang semasa kursus dalam/luar negeri dan dalam bidang sukan. Upacara seterusnya diakhiri dengan pembacaan ikrar, doa and sesi bergambar ramai. 

Pemerintah TDDB juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh anggota Tentera Darat diatas kesetiaan dan kejujuran serta pengorbanan dalam menjalankan tugas dan berharap TDDB akan terus berkembang maju. 

Pelbagai aktiviti telah disusun untuk menyambut Hari Ulang Tahun TDDB termasuk Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja dan Majlis Doa Kesyukuran.