IPOH, PERAK, Thursday, 23 July 2026 — The 8th World Conference on Islamic Thought and Civilisation (WCITC 2026) was held from 21 to 23 July 2026, at the Casuarina@Meru Convention Centre, under the theme “Where Everyone Matters: Pride and Unity in Islam.” Organised by Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), the conference was officiated by His Royal Highness Paduka Seri Sultan of Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Also present at the officiating ceremony were Deputy Prime Minister II, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Besar of Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; Attorney General, Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar; Perak State Legal Advisor, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; and the Vice-Chancellor of Universiti Sultan Azlan Shah, Dato’ Prof. Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof.
The conference featured discussions on several sub-themes, including Governance and Political Stability; Education – Social Empowerment; Public Health – Hygiene and Sanitation; Economy – Development and Cooperation; and National Integrity and Security.
More than 20 distinguished panelists from diverse backgrounds, countries, professional backgrounds and fields of expertise were invited to share their insights and participate in academic discourse. Representing the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Lieutenant Colonel Abdul Mujib Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), was among the invited panelists and presented paper entitled “Governance through the Value of Taqwā.”
The RBAF’s participation in this prestigious international conference reflects the Forces’ continued commitment to cultivating a generation of leaders grounded in strategic thinking, value-driven leadership, and forward-looking decision-making, in step with an increasingly dynamic regional and global security environment. This commitment is aligned with the aspirations of RBAF senior leadership, which recognises that a nation’s defence capability is strengthened not only through operational readiness but also through the pursuit of knowledge and the cultivation of strategic thought. Such efforts ensure that the RBAF remains a credible and professional defence institution, ever ready to safeguard the nation’s sovereignty.
The conference is held once every two years under a different theme for each edition and continues to serve as a scholarly platform of benefit to the Islamic world and the global academic community.


PENYERTAAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DALAM PERSIDANGAN ANTARABANGSA PEMIKIRAN DAN PERADABAN ISLAM KALI KE-8 ANJURAN UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
IPOH, PERAK, Khamis, 23 Julai 2026 — Persidangan Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam Kali Ke-8 (WCITC 2026) telah diadakan selama tiga hari, bermula dari 21 hingga 23 Julai 2026, bertempat di Pusat Persidangan Casuarina@Meru dengan tema “Where Everyone Matters: Pride and Unity in Islam”. Persidangan anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar; Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; serta Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, Dato’ Prof. Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof.
Persidangan ini mengetengahkan beberapa sub-tema termasuk ialah Tadbir Urus dan Kestabilan Politik; Pendidikan – Pemerkasaan Sosial; Kesihatan Awam – Kebersihan dan Sanitasi; Ekonomi – Pembangunan dan Kerjasama; serta Integriti Kebangsaan dan Keselamatan.
Lebih 20 orang ahli panel yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, negara, bidang dan kepakaran telah dijemput untuk berkongsi pandangan serta membincangkan pelbagai isu secara akademik. Mewakili Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Leftenan Kolonel Abdul Mujib Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), turut dijemput sebagai ahli panel dan membentangkan kajian bertajuk “Urus Tadbir dengan Nilai Taqwa”.
Penyertaan ABDB dalam persidangan antarabangsa berprestij ini menzahirkan komitmen berterusan angkatan untuk memupuk generasi pemimpin yang berteraskan pemikiran strategik, kepimpinan bernilai murni serta keupayaan membuat keputusan yang berwawasan, selaras dengan lanskap cabaran keselamatan serantau dan global yang semakin dinamik. Ia turut selaras dengan hasrat kepimpinan tertinggi ABDB bahawa keupayaan pertahanan negara bukan sahaja dibina melalui kesiagaan operasi, malah diperkukuhkan menerusi penguasaan ilmu dan ketajaman pemikiran strategik. Usaha sedemikian memastikan ABDB kekal sebagai institusi pertahanan yang kredibel, berwibawa dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara.
Persidangan ini diadakan setiap dua tahun dengan tema yang berbeza bagi setiap edisi serta terus menjadi platform keilmuan yang memberi manfaat kepada dunia Islam dan komuniti akademik antarabangsa.