JERUDONG, Friday, 16 March 2018 – Royal Brunei Land Force (RBLF) emerged as champion of the annual Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Orienteering Competition this year followed by Special Force Regiment (SFR) in second place and Ministry of Defence (MINDEF) in third place. The competition was held this morning at Jerudong Sports Complex and the area surrounding Kampong Sengkurong ‘B’.
The competition puts to test the navigational skills and endurance fitness of the orienteers, where participants will have to make their way across unfamiliar terrain using only a map and a compass.
Six teams participated in the event namely the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), RBAF Training Institute (TI RBAF), Ministry of Defence (MINDEF) and Special Forces Regiment (SFR). A total of 37 officers and 161 from other ranks contested in two main events – team and individual.
The RBAF Orienteering Competition 2017/2018 ended with a prize presentation ceremony to the winners, presented by the Guest of Honour, Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF. Also present to witness the event were RBAF Service Commanders, Joint Force Commander, RBAF officers and personnel.



KEJOHANAN PERLAWANAN MERINTIS PERINGKAT ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) TAHUN 2017/2018
JERUDONG, Jumaat, 16 Mac 2018 – Pasukan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menjuarai perlawanan Perlawanan Merintis Tahunan peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), pada tahun ini dan diikuti oleh Rejimen Pasukan Khas (RPK) di tempat kedua dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) di tempat ketiga. Perlawanan ini telah diadakan pada pagi ini bertempat di Kompleks Sukan Jerudong dan kawasan meliputi kampong Sengkurong ‘B’.
Persaingan ini bertujuan untuk menguji kemahiran navigasi dan kecergasan daya tahan para pemain orientasi, di mana para peserta perlu melintasi kawasan yang tidak dikenali dengan menggunakan hanya peta dan kompas.
Enam pasukan telah ikut bertanding iaitu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Rejimen Pasukan Khas (RPK). Seramai 37 pegawai dan 161 dari lain-lain peringkat telah turut serta dalam dua acara utama yang dipertandingkan, iaitu acara berpasukan dan acara individu.
Perlawanan Merintis Peringkat ABDB bagi tahun 2017/2018 di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB. Juga turut hadir menyaksikan acara penyampaian hadiah tersebut ialah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, pegawai-pegawai ABDB dan anggota ABDB.