BOLKIAH GARRISON, Monday, 21 March 2022  – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers and personnel at the Ministry of Defence and Bolkiah Garrison received His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s personal gift of dates (Kurma Kurnia Peribadi) in conjunction with the month of Ramadhan 1443 Hijrah in a ceremony held at the Officer’s Mess, Bolkiah Garrison this morning.

Representing the Commander of RBAF as Guest of Honour to distribute the dates was Brigadier General (U) Haji Alirupendi Bin Haji Perudin, RBAF Joint Force Commander. Also present were RBAF Chief of Staff, Military Directors, Commandants, Commanding Officers and officers under the Ministry of Defence and Bolkiah Garrison. 

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah by Lieutenant (U) Haji Muhammad Syasuandi bin Haji Abu Bakar, followed by the distribution of dates to representatives of every military directorates and units by the Guest of Honour.

The giving of dates as personal gifts reflects the loving and care of His Majesty especially in performing religious deeds in conjunction with the upcoming holy month of Ramadhan.






PEGAWAI-PEGAWAI DAN ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI TERIMA KURMA KURNIA PERIBADI

BOLKIAH GARISON, Isnin, 21 Mac 2022 – Pegawai-pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di peringkat Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison telah menerima Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1443 Hijrah di majlis pengagihan yang berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison pada pagi ini. 

Hadir mewakili Pemerintah ABDB selaku Tetamu Kehormat bagi pengagihan kurma tersebut ialah Brigedier General (U) Haji Alirupendi Bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB, Pengarah-pengarah Tentera, Komandan-komandan, Pegawai-pegawai Pemerintah serta pegawai-pegawai ABDB di bawah Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Leftenan (U) Haji Muhammad Syasuandi bin Haji Abu Bakar diikuti dengan acara pengagihan Kurma Kurnia Peribadi kepada wakil-wakil jabatanarah-jabatanarah dan unit-unit tentera oleh Tetamu Kehormat.

Pengurniaan buah-buah kurma kurnia peribadi ini mencerminkan sikap pemedulian dan kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk mengurniakan amal sedekah secara khusus sempena menjelangnya bulan Ramadan