BERAKAS GARRISON, Friday, 26 June 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Combined Unit organised the final round of the RBAF Football and Tug of War Championship 2026, held at the Mini Stadium Berakas Garrison.
Held from 15 to 26 June 2026, the championship brought together four teams representing the Royal Brunei Land Forces (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Combined Team comprising personnel from the Ministry of Defence, Joint Force Headquarters RBAF (JFHQ RBAF), Defence Academy RBAF (DA RBAF), Training Institute (TI RBAF) and Special Forces Regiment RBAF (SFR RBAF).
Present as the Guest of Honour as subsquently presented prizes to the winning teams was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also present were members of the RBAF Executive Committee, Military Directors, Commandants, Senior Officers, officers, and personnel from the RBAF.
In the football competition, the RBLF Team emerged as the champions of the RBAF FA Cup 2026 after defeating the RBN Team 2–0 in the final. They also secured the RBAF Football League Championship 2026 Title following a 3–0 victory over the Combined Team in the final match, thereby confirming their position at the top of the league standings.
Meanwhile, in the tug-of-war competition, the RBN Team dominated both contested categories. The RBN Team defeated the RBAirF Team in the lightweight category and overcame the RBLF Team in the heavyweight category to claim both championship titles.
The annual championship aims to foster sportsmanship, strengthen unity and camaraderie among RBAF personnel, while serving as a platform to identify talented athletes to represent the RBAF Sports Council (MS ABDB) in national and international sporting competitions.








KEJOHANAN AKHIR BOLA SEPAK DAN TARIK KALAT PERINGKAT ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 2026
BERAKAS GARISON, Jumaat, 26 Jun 2026 – Unit Gabungan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menganjurkan Kejohanan Akhir Bola Sepak dan Perlawanan Tarik Kalat Peringkat ABDB bagi Tahun 2026 yang berlangsung di Stadium Mini Berakas Garison.
Kejohanan yang berlangsung dari 15 hingga 26 Jun 2026 itu telah menghimpunkan empat pasukan yang mewakili Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Pasukan Gabungan yang terdiri daripada anggota Kementerian Pertahanan, Markas Angkatan Bersama ABDB (MAB ABDB), Akademi Pertahanan (AP ABDB), Institut Latihan (IL ABDB) dan Rejimen Pasukan Khas ABDB (RPK ABDB).
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pengarah-Pengarah Tentera, Komandan–Komandan, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai–pegawai serta anggota-anggota ABDB.
Dalam pertandingan bolasepak, Pasukan TDDB muncul sebagai juara Piala FA ABDB 2026 selepas menewaskan Pasukan TLDB keputusan 2–0 pada perlawanan akhir. Pasukan TDDB turut menjuarai Liga Bola Sepak ABDB 2026 selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pasukan Gabungan ABDB dalam perlawanan terakhir liga, sekaligus mengesahkan kedudukan di tangga teratas carta liga.
Sementara itu, bagi acara tarik kalat pula, Pasukan TLDB mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya mengungguli kedua-dua kategori yang dipertandingkan. Dalam kategori ringan, Pasukan TLDB menewaskan Pasukan TUDB, manakala dalam kategori berat, Pasukan TLDB menewaskan Pasukan TDDB, sekaligus merangkul kejuaraan bagi kedua-dua kategori tersebut.
Penganjuran kejohanan tahunan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, memperkukuh perpaduan dan kerjasama di kalangan warga ABDB, di samping menjadi platform untuk mengenal pasti atlet-atlet berpotensi bagi mewakili Majlis Sukan ABDB (MS ABDB) didalam kejohanan-kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.