BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 25 November 2018
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of  Royal Brunei Armed Forces and other royal family members consented to participate in the 12 km Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Cycling Expedition in the capital.

The arrival of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and other royal family members at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien was welcomed by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, RBAF Commander.

Following
the cycling event, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei
Darussalam and other royal family members visited sponsor’ exhibitions with several activities that
were lined up by relevant agencies, such as

RBAF Medical Services Reception (MRS), Ministry of Health,
military recruitment roadshow and others.

In another group, the cycling event saw a total number of 1,057 participants in 45 km from the RBAF and public covered several main roads namely, Tasek Meradun, Kampong
Sengkurong, Kampong Jerudong, Lebuhraya Tungku, Gadong, and Masjid Jame’
Asri, with the finish line at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali
Saifuddien.

The event also showcased a morning
Masjidku Makmur programme at the Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Mosque with a mass Fajr prayer. A morning Tazkirah titled ‘Tanggungjawab Mempertahankan Keamanan Negara’ was delivered by Captain Mohd Ayza Azrine bin Ayahani, Operations Officer from the RBAF Religious Department, Ministry of Defence.

A prize presentation for RBAF 100km Inter-Services Bicycle Race which was held 11 November 2018 was presented by Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, RBAF Commander.

This was followed by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence handed over donation to Yang Berhormat Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Minister of Culture, Youth and Sports for the Humanitarian Fund for Sulawesi Disaster. Then followed by the official launching and handover of the RBAF Fund for Orphans by RBAF Commander. 

The cycling event was organised as one of the activities on the sidelines of the 57th RBAF Anniversary celebration.  In organising the cycling event, the RBAF also collaborated with other ministries and various sponsors. This event aimed to contribute to the development of a sporting culture, with the acknowledgement that cycling is recognized as a national hobby, as well as strengthen national unity through community involvement as a whole and promote good health. 










EKSPEDISI BERBASIKAL SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB YANG KE-57

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 25 November 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan kerabat diraja telah berkenan berangkat menyertai Acara Riadah Ekspedisi Berbasikal sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-57.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien telah dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB,

Selepas acara riadah berbasikal sejauh 12km, Kebawah DYMM berkenan melawat pameran pihak penaja
yang diadakan di persekitaran taman tersebut dengan pelbagai aktiviti
yang disediakan oleh agensi-agensi yang terlibat, antaranya Khidmat
Perubatan dan Kesihatan ABDB, Kementerian Kesihatan, Jerayawara
pengambilan tentera dan sebagainya.

Acara Riadah Ekspedisi Berbasikal dimulakan dengan Program Masjidku Makmur di Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien dengan solat Fardhu Subuh dan tazkirah bertajuk ‘Tanggungjawab Mempertahankan Keamanan Negara’ disampaikan oleh Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Pegawai Operasi Agama daripada Jabatan Agama ABDB, Kementerian Pertahanan.

Terdahulu seramai 1,057 anggota ABDB dan orang awam telah menyertai kayuhan berbasikal sejauh 45 km yang melintasi jalan-jalan utama, antaranya
Tasek Meradun, Kampong Sengkurong, Kampong Jerudong, Lebuhraya Tungku, Gadong, Masjid Jame’ Asri dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang Acara Lumba Basikal 100km antara unit ABDB yang diadakan pada 11 November lalu telah di sampaikan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua turut menyampaikan derma kutipan Tabung Kemanusiaan Sulawesi kepada Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Acara diikuti dengan perasmian dana dan penyerahan Derma Anak-Anak Yatim ABDB oleh Pemerintah ABDB. 

Acara Riadah Berbasikal Sempena HUT ABDB yang ke-57 merupakan anjuran ABDB sempena HUT yang ke-57 dengan penglibatan daripada kementerian lain serta syarikat-syarikat tajaan. Acara riadah berbasikal bertujuan untuk menyumbang ke arah pembentukan budaya sukan, di mana riadah basikal telah diiktirafkan sebagai hobi negara, serta mengukuhkan perpaduan menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan juga mengalakkan gaya hidup sihat.