BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 01 June 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 65th Anniversary Appreciation Dinner was held at Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan.
The event was organised as a gesture of appreciation and recognition to the participating countries and sponsors whose valuable support and contributions played a significant role in the successful execution of the RBAF 65th Anniversary celebrations.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. During the event, the Commander of the RBAF presented tokens of appreciation to representatives of the participating countries and sponsors in recognition of their invaluable contributions throughout the RBAF 65th Anniversary celebrations.
The event also brought together representatives from the participating countries in the Air Capability Static Display and Air Display held in conjuction with the celebrations, namely Australia, the Republic of Indonesia, Malaysia, the Republic of the Philippines, the Republic of Singapore, the United Kingdom, and the United States of America.
The participation and support extended by these countries reflect the enduring defence ties, mutual trust, professional cooperation, that continue to be strengthened over time between the RBAF and its defence partners. Beyond contributing to the success of the RBAF 65th Anniversary celebrations, their involvement also serves as a testament to shared commitment towards enhancing defence relations, improving interoperability and fostering deeper mutual understanding at both the regional and international levels.












MAKAN MALAM PENGHARGAAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-65
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Jun 2026 – Makan Malam Penghargaan sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) Ke-65 telah diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan.
Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada negara-negara yang mengambil bahagian dan para penaja yang telah memberikan sokongan dan sumbangan berharga dalam menjayakan sambutan HUT ABDB Ke-65.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Semasa majlis tersebut, Pemerintah ABDB telah menyampaikan tanda penghargaan kepada wakil-wakil negara yang mengambil bahagian serta para penaja sebagai pengiktirafan atas sumbangan berharga yang telah diberikan sepanjang sambutan HUT ABDB Ke-65.
Majlis berkenaan turut menghimpunkan wakil-wakil daripada negara-negara yang menyertai Pameran Statik Keupayaan Udara dan Pertunjukan Udara sempena sambutan tersebut, iaitu Australia, Republik Indonesia, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Penyertaan dan sokongan yang diberikan oleh negara-negara tersebut mencerminkan hubungan pertahanan yang erat, kepercayaan bersama serta kerjasama profesional yang terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa antara ABDB dan rakan-rakan pertahanannya. Selain menyumbang kepada kejayaan sambutan HUT ABDB Ke-65, penglibatan mereka juga menjadi manifestasi komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan pertahanan, meningkatkan interoperabiliti serta memupuk kesefahaman yang lebih mendalam di peringkat serantau dan antarabangsa.