RIMBA, Friday, 12 April 2013 – Handover-takeover ceremony for the outgoing and incoming Base Commander of the Rimba Air Force took place at the Rimba Air Force Base. The ceremony began with the signing of handover-takeover certificate between the outgoing Base Commander, Lt Col (U) Lusir bin Sian and the incoming Base Commander, Lt Col (U) Matyussof bin Matyassin.
The ceremony also involves the handover of the key replica of the Rimba Air Force Base to the new incoming Base Commander, as well as the tree-planting ceremony carried out by Lt Col (U) Lusir bin Sian outside the RBAirF HQ area.
Before concluding the ceremony, exchange of mementos were held between the outgoing Base Commander to the incoming base commander as well as between the Officer Commanding of the Admin Wg, Major (U) Pg Mohd Alli Indera Putera bin Pg Dato Haji Hamzad to the outgoing Base Commander.



TUDB MENERIMA PEMERINTAH PANGKALAN BARU
RIMBA, Jumaat, 12 April 2013
– Upacara serah terima tugas Pemerintah Pangkalan TUDB telah diadakan
di Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei. Acara dimulakan dengan
penandatanganan sijil serah terima tugas di antara Pemerintah Pangkalan
yang akan bersara, Lt Kol (U) Lusir bin Sian kepada Lt Kol (U) Matyussof
bin Haji Matyassin, Pemerintah Pangkalan Tentera Udara, Rimba yang
baru.
Antara
acara yang melibatkan upacara majlis tersebut adalah penyerahan
replika kunci masuk pangkalan TUDB dan seterusnya upacara penanaman
pokok kenang-kenangan di perkarangan Markas TUDB yang telah
disempurnakan oleh Lt Kol (U) Lusir bin Sian. Sebelum mengakhiri acara
tersebut, upacara penyampaian cenderahati di antara mantan Pemerintah
Pangkalan kepada Pemerintah Pangkalan baru dan penyampaian cenderahati
daripada Pegawai Memerintah Cawangan Tadbir TUDB, Mej (U) Pg Mohd Alli
Indera Putera bin Pg Dato Hj Hamzad kepada mantan Pemerintah Pangkalan
telah dilaksanakan.