
RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 24 June 2019 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) marked its 53rd Anniversary this year by holding several key events at the Rimba Air Base.
Present as the guest of honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, the Commander of RBAirF. The occasion started with a
Doa Kesyukuran Ceremony at Surau Al-Barakah on 23 June 2019.
The following day saw a mass aerial group photo on the Air Movement Centre (AMC) apron consisting of the RBAirF military and civilian personnel. The RBAirF Commander was then ushered inside the AMC to officiate the Outstanding Personnel Award Ceremony. The awards were divided into 4 categories: the Outstanding Officer, Outstanding Senior and Junior NCOs as well as Outstanding Civilian Personnel.
This annual award presentation recognises and appreciates the dedication and excellent work performance displayed by the personnel of the RBAirF. Major (U) Isyhak bin Haji Ismail was awarded the Outstanding Officer, Ssgt (U) Samsul bin Brahim was recognised as the Outstanding Senior NCO, the Outstanding Junior NCO went to Cpl (U) Musa bin Haji Sahat and Major (Retired) Haji Kamaluddin bin Haji Apong rounded off the award ceremony as the Outstanding Civilian Personnel.
In his speech, the RBAirF Commander expressed his utmost appreciation to all the military and civilian personnel of the RBAirF for their continuous support and commitment to the organisation. He concluded by reminding all levels of the organisation to maintain the required standards and discipline and to always uphold faith and spiritual values in accordance with the RBAF Core Values. The ceremony was then closed with a
Doa Selamat
by Lt (U) Mohd Shah Redzuan bin Haji Mat Serudin.


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MERAYAKAN HARI ULANG TAHUN KE-53
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 24 Jun 2019 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) meraikan Hari Ulang Tahunnya yang ke-53 dengan mengendalikan beberapa acara di Pangkalan Tentera Udara Rimba. Hadir sebagai tetamu kehormat adalah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah TUDB. Acara bermula dengan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Al-Barakah pada 23 Jun 2019.
Pada hari seterusnya, Acara HUT TUDB ke-53 Tahun diteruskan dengan sesi bergambar ramai bertempat di apron Pusat Gerakan Udara (PGU) untuk anggota-anggota tentera dan awam. Pemerintah TUDB kemudian dibawa masuk ke PGU bagi Majlis Penyampaian Anugerah Anggota-Anggota Cemerlang. Anugerah ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu: Pegawai Cemerlang, PTB Kanan Cemerlang, PTB Rendah Cemerlang dan Pekerja Awam Cemerlang.
Majlis ini merupakan acara tahunan yang dikendalikan sebagai penghargaan kepada warga TUDB yang telah menunjukkan dedikasi dan prestasi kerja yang cemerlang. Mejar (U) Isyhak bin Haji Ismail telah dinobat sebagai Pegawai Cemerlang, Staf Sarjan (U) Samsul bin Brahim telah dianugerahkan sebagai PTB Kanan Cemerlang, Anugerah PTB Rendah Cemerlang telah diberikan kepada Kpl (U) Musa bin Haji Sahat dan Mejar (B) Haji Kamaluddin bin Haji Apong telah dipilih sebagai Pekerja Awam Cemerlang.
Dalam ucapannya, Pemerintah TUDB merakamkan setinggi penghargaan kepada Anggota-anggota TUDB Tentera dan Awam atas sumbangan dan komitmen yang telah mereka berikan kepada organisasi. Ucapan beliau diakhiri dengan memberikan peringatan kepada kesemua warga TUDB untuk terus mengekalkan piawaian serta disiplin dan menerapkan aspek kerohanian dan keimanan selaras dengan nilai-nilai teras ABDB. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Lt (U) Mohd Shah Redzuan bin Haji Mat Serudin.