

ISTANA NURUL IMAN, 20 July 2023 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Royal Family consented to host a banquet for over 2000 security and uniform officers and personnel as well as civilian uniform organizations in conjunction with His Majesty’s 77TH Birthday celebrations.
During the event, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam were introduced in a meet and greet session to 629 officers and personnel of the Ministry of Defence along with other officers and personnel from the Royal Brunei Police Force (RBPF), Gurkha Reserve Unit, Royal Customs and Excise Department, Fire and Rescue Department, Department of Immigration and National Registration and Prison Department as well as youth uniform organizations including the Royal Brunei Armed Forces Military Cadets, RBPF Cadets, Cadets of the Fire and Rescue Department, Scouts Association of Brunei Darussalam, Girl Guides Association of Brunei Darussalam, Brunei Darussalam Red Crescent and National Service Programme (PKBN).
The banquet is aimed at showing appreciation to the security and uniform officers and personnel for their role and obligations in safeguarding the security of the nation, citizens and its residents.
Note: Extracted from Pelita Brunei, Borneo Bulletin and Media Permata articles





MAJLIS PERSANTAPAN UNTUK PEGAWAI DAN ANGGOTA KESELAMATAN BERUNIFORM SERTA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN AWAM YANG BERUNIFORM BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-77 TAHUN
ISTANA NURUL IMAN, 20 Julai 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerabat-Kerabat Diraja telah berkenan berangkat ke Majlis Persantapan untuk pegawai-pegawai dan anggota-anggota keselamatan beruniform serta pertubuhan-pertubuhan awam beruniform bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-77 tahun yang terdiri dari lebih 2000 orang.
Pada majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan beramah mesra bersama 629 orang pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan yang hadir di samping pegawai-pegawai dan anggota-anggota keselamatan yang lain diantaranya Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Unit Simpanan Gurkha, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan serta Jabatan Penjara berserta ahli-ahli pertubuhan belia beruniform diantaranya ialah Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kadet PPDB, Kadet Bomba dan Penyelamat, Persatuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam, Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam dan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).
Majlis Persantapan ini bertujuan untuk menghargai peranan penting dan tanggungjawab mereka dalam menjaga keselamatan dan negara, rakyat dan penduduk di negara ini.
Nota: Di petik dari artikel Pelita Brunei, Borneo Bulletin dan Media Permata.