
RIMBA AIR BASE,
Friday, 3 May 2019 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Brigadier General Kelvin Khong Boon Leong, Chief of Air Force, Republic of Singapore Air Force (RSAF), was conferred the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Honorary Pilot Wing.
The Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, presented the award to Brigadier General Kelvin Khong.
Brigadier General Kelvin Khong is in Brunei Darussalam for the presentation ceremony and also his introductory visit. Upon his arrival to the RBAirF Base, he was received with the Honorary Salute by the Guard of Honour comprising of personnel from the RBAirF, followed by the RBAirF Honorary Pilot Wing Presentation.
He also conducted courtesy calls to Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF; and Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of RBAirF.
Military-to-military ties is a major component of the overall strong bilateral relationship between Brunei Darussalam and Singapore.
Brigadier General Kelvin Khong was appointed as Singapore’s Chief of Air Force
on 22 March 2019.




PANGLIMA TENTERA UDARA REPUBLIK SINGAPURA DIANUGERAH LENCANA JURUTERBANG KEHORMAT TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA,
Jumaat, 3 Mei 2019 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menganugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) kepada Brigedier Jeneral Kelvin Khong Boon Leong, Panglima Tentera Udara Republik Singapura (TURS).
Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB telah disempurnakan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.
Brigedier Jeneral Kelvin Khong sedang berada di Negara Brunei Darussalam bagi acara penganugerahan tersebut dan juga kunjungan pengenalan. Sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Rimba, Brigedier Jeneral Kelvin Khong disambut dengan Tabik Hormat daripada barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota TUDB.
Beliau juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB; dan Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah TUDB.
Hubungan ketenteraan merupakan salah satu komponen utama dalam hubungan dua hala yang rapat dan kukuh secara keseluruhannya diantara Negara Brunei Darussalam dan Singapura.
Brigedier Jeneral Kelvin Khong telah mengambil alih tugas sebagai Panglima TURS pada 22 Mac 2019.